24 November 2014

Celebrate Birthday Timbalan









Birthday Timbalanku in jatuh pada 6 November 2014 sama dengan tarikh lahir en.suami ku jua. hehe

Baru berkesempatan nak upload dalam blog. Ini suprise party namanya.. Memang betul-betul suprise..Nampak muka puan begitu terkejut dan terharu. Giliran sape pulak lepas ni untuk disuprisekan..tunggu!!! Ada ke tidok haha..

***nasib sempat aku wat poster tu dan masukkan sound dlm poster tu..

20 November 2014

Hari Keluarga MOF 2014

Pagi-pagi buta dah keluar rumah sebab nak ke Dengkil (Paya Indah Wetlands)

Afiq sertai pertandingan mewarna..tapi tak dengar pulak resultnya..time bila annouce pun taktau..

Acara trompah gergasi..ada kumpulan yang tercabut dia punya trompah..sian..maybe trompah lama kot.

Opocot!!! terjatuh pulokk...

Ralik budah berdua ni tengok..


wefie...

Pengacara pada hari tu ialah Azlee Senario dan pengacara Wanita Hari Ini (WHI)



Me..

Kasi budak berdua ni naik basikal jelajah paya indah ni..





Akhirnya...bertuah jugak la aku hari tu..dapat beras 5kg..Alhamdulillah..rezeki dimana-mana. 
Usaha, berdoa dan ingat Allah..Ok bai..

17 November 2014

Malam Penyediaan Bajet 2015















Assalamualaikum w.b.t./Salam Sejahtera,

Sorry lambat update blog. Kesibukan melanda ye. Puan blog tengah menanggung kerja, so kena jaga ramai bos ye. Dan tanggung kerja akan berakhir pada 18.11.2014(selasa ni). Yeaaahhhaaa.. Partner aku akan masuk keje pada 19.11.2014. Kejap je 3 bulan ye dak. Elaun menangung kerja pun maybe dapat bulan Jan or Feb 2015 kot. Tu paling cepat la.. 

Ok berbalik pada gambar-gambar di atas, seperti kebiasaannya setiap tahun memang ada malam penyediaan bajet. Bahagian aku antara yang paling busy bersengkang mata. Tahun ni kami buat kelainan sikit dari tahun-tahun terdahulu, kami mengadakan "SUPRISE PARTY" untuk SUB. Siap ada kek "RAHSIA" ko.

Tema kami pada malam tu ialah warna BIRU. Tak kisah la biru muda ke tua ke apa-apa biru pun boleh. Bila bergambar nampak cantik sedondon gitu.

Tahun ni, merupakan tahun pertama aku ditugaskan handle makan-minum pegawai. Jadi "ACIK KANTIN" uolsss. Nasib baik pakai katerer je..ok la...rasa macam panjang dah cerita aku ni..ok bai..

06 November 2014

Pumpkin Cheese






Taraaa...

Resepi baru yang aku belajar dengan member sekolahku selepas habis reunion. Masa gi jalan kat rumah member dia..dia bagi rasa menu special katanya..aku pun try..wah sedapnya..terus minta resepi..mak ai senangnya nak sediakan bahan-bahannya....boleh la aku kalau camtu..

Bahan-bahan:-

Labu
Cheese Mozarella
Sup Cendawan dalam tin
Gula
Air
(aku guna pemanggang ajaib untuk membakar)

Cara-cara:-

Rebus labu bersama air dan gula. Biar labu tu lembut. Masak jangan terlalu lama. Kasi empuk sikit. Kemudian masak sup cendawan 2-3 minit di periuk lain. 

Ambil pemanggan ajaib. Susunkan cup-cup tu, kemudian masukkan labu yang telah dimasak. Selepas itu, masukkan sup cendawan dan akhir sekali tabur cheese mozarella di atas nya..Siap..Mudah kan!!!


05 November 2014

Nasi Kak Wook @ Choleq Jalan Reko, Kajang












Sebelum keluar pergi mana-mana..wajib posing dulu kat bawah rumah..sementara tunggu papanya panaskan enjin kereta. Oh yeah...jom selfie..

Enjin dah panas..jom gerak...ke destinasi yang dituju..tak tau lokasinya kat mana..guna je WAZE..hehe

Terletak di Jalan Reko Sentral 1, Jalan Reko, Kajang. (belakang uptown Jalan Reko). Pelbagai colek ada di sana. Disebabkan kami datang lebih kurang pukul 1 tengah hari..makanya ada nasi kak wook je..colek-colek cuma ada di waktu malam.

p/s: sedap gak nasi kak wook ni..ye la kan..kami orang kampung...bukan taste western sgt pun..sesuai le..nanti nak try maggi ketam dan colek
Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, Jalan Reko, 43000 Bangi, Malaysia
– Landmark >>> berhampiran stesen minyak petronas jalan reko
– Waktu operasi : 8 pagi – tengah malam
Facebook : https://www.facebook.com/CholeqDelights
Instagram : http://instagram.com/choleqdelights
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2014/09/08/nasi-kak-wook-jadi-kesukaan-ramai-di-restoran-choleq-jalan-reko-kajang/#sthash.LDCPOgVo.dpuf
Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, Jalan Reko, 43000 Bangi, Malaysia
– Landmark >>> berhampiran stesen minyak petronas jalan reko
– Waktu operasi : 8 pagi – tengah malam
Facebook : https://www.facebook.com/CholeqDelights
Instagram : http://instagram.com/choleqdelights
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2014/09/08/nasi-kak-wook-jadi-kesukaan-ramai-di-restoran-choleq-jalan-reko-kajang/#sthash.LDCPOgVo.dpuf

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...