25 July 2014

Salam Aidilfitri 2014


Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin buat kawan-kawan blogger.
Kosong-kosong ye.

23 July 2014

Handbeg Dan Keychain Dari MYBos


Ni bos besar yang kasi. Dia kata murah je. Aku tak kisah murah ke mahal, aku terima dengan seikhlas hati. Nice colour. Aku suka sangat. (pastu terus aku google jenama tu..eh eh ada website la jenama tu..poyo tak..sebab aku tak pernah dengar jenama itu..) TQ bos besar.

Ni bos kecik yang kasi. Dia pergi kursus/seminar kat Taiwan..dekat sebulan jugak dia duk Taiwan. Eh eh..cantik la keychain itu..Tq bos kecik. nanti kasi lagi ek.

p/s: keychain , FM yang lama ntah mana aku letak..asyik 5S je..aku tak tau dah mana aku simpan..rasanya ada dalam kotak A4 kot..aduiii

Hujan Meteor Di Aidilfitri


Orang ramai boleh menyaksikan pancuran Hujan Meteor Delta Aquarids pada malam 28 dan 29 Julai 2014 iaitu bersamaan dengan hari raya.

Oh!!! Sungguh tak sabar dan berharap supaya aku tak lupa pada malam itu nak tengok hujan meteor. Aku baru berkesempatan tengok meteor ni pada tahun lepas. Kebetulan kat tv duk kuar je pasal meteor tu, aku pun duduk la kat luar rumah nak menyaksikan kebesaran Allah swt. Dalam pukul 11 or 12 malam duduk luar ditemani adik dan kawan-kawan. Aku dapat melihat beberapa saat je. Zuuup...lalu didepan mata. Tapi aku bersyukur di beri peluang itu. Semoga minggu depan aku dapat menyaksikannya lagi.

Jom kawan-kawan kita menyaksikan kebesaran Allah swt.

22 July 2014

Longan Kampung Ku






Tahun ni bukan main lebat buah longan kat kampung aku. Ni longan bukan mata kucing or bidara yek. Longan ni besar dari mata kucing or bidara. Aku memang suka buah longan. Tak sempat masak betul, aku dah petik. Sebab pokoknya rendang je. Ada yang boleh capai dengan tangan je dan ada pulak yang kena panjat part yang tinggi-tinggi tu. Banyak lagi yang tak masak sebenarnya. Takut makan dek kluang man je. Tu pasal aku rembat awal. Banyak lagi kat atas pokok. 

Harap minggu ni masih banyak la. Nak makan yang besar-besar. Tak sabar nak balik kampung...

p/s: bawah pokok ni la tempat/port aku lepak-lepak. Pokok ni ditanam didepan rumah..teduh jek.

Durian Perak





Lai..lai..lai..

Gambar beberapa minggu lepas. Beli durian 2 kali. Sebabnya murah. RM10 dapat 5-6 biji. Puas sangat. Ini kerana CC ku yang bagitau kedatangan lori durian dari perak. Aku kan hantu durian, makanya kena la beli. Durian yang banyak tu, aku buat bubur kacang hijau..Letak durian..perghhh..1st time buat bubur hahaha...

17 July 2014

Kuih Buah Tanjung

Buah Tanjung

??? (tak ingat nama apa)

1st time kuih kelate ni dijual kat kedai bawah blok. Excited nak beli sebab comel. Tapi bila masuk dalam mulut memang tak lalu. Sebiji pun tak habis. Lain macam je rasanya. Ia diperbuat dari telur itik. Kuih yang berbentuk bunga tu aku memang tak ingat nama kuih tu apa..Yang tu pun aku tak boleh nak telan..tak sesuai dengan tekak aku kot. Walaupun aku ni dari negeri pantai timur, tak semua kuih aku boleh telan..Tapi kuih akok aku memang suka..sedap

16 July 2014

Cuci Mata Di Jalan TAR [Raya 2014]
















Kami pergi ke Jalan TAR time belum puasa lagi. Kalau pergi time puasa, confirm penat la kan. Pagi tu aku wat OT dulu kat ofis, tengahari baru gerak ke KL. Mak aiii jalan jammed.. Pusing punya pusing tetap jammed jugak. Nak masuk area Jalan TAR tu memang jammed giler. Semua last minute punya keje la tu. Termasuk aku.hahaha.

Akhirnya, kami decide naik LRT jek. Parking kereta kat titiwangsa dan naik LRT kat situ. Fuhh lega. Suka bebenor anak3 naik LRT. Memang 1st time la diorang naik. Mak dan bapak nya last naik pun sebelum kawin kot. Lama tak???

Jalan-jalan cuci mata..Kononnya nak cari baju melayu untuk 2 orang anak bujangku. Tapi tak jumpa warna yang kami cari. Takpe la, kita cuci mata je la. Sambil jalan-jalan, nampak orang tengah lukis gambar pemandangan kat kaki lima. Berbakat sungguh. Tengok la 2 orang anak bujangku, siap duduk lagi. Kusyuk betul dia tengok tangan seni orang tu wat lukisan. Murah je RM20 satu karya/lukisan.

Lama jugak duk tengok orang lukis, dalam 10-15 minit jugak kot. Laki aku la, ralik sangat tengok orang tu buat. Terpegun kot. Lepas tu kami ke SOGO pulak. Mak aiiiii ramainya orang...Naik eskalator tingkat 3 nak cari baju anak3..Ermmmm, jom kuar dari SOGO..Rimas, lemas semua ada...Ramai giler orang.

Keluar dari SOGO, tengok orang wat persembahan pulak. Sedap jugak suara dia. Layan la jap...Habis layan..jom la balik, kaki dah penat. huhuhu..

12 July 2014

Kes Culik Makin Merisaukan


Print screen di atas antara kes culik yang berlaku di Malaysia. Takut toksah nak kata la. Sebab aku mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Kat Putrajaya pun ada kes culik. Tapi nasib baik sempat melarikan diri. Boleh dikatakan hari-hari ada kes culik. Di merata-rata negeri. 

Dah banyak kali aku nasihatkan anak-anakku supaya jaga diri, jangan main jauh-jauh, duduk dalam sekolah je dan macam-macam lagi. Dah berbuih rasanya mulut ni bagi nasihat. Takut sangat-sangat. Lagi-lagi aku tinggal di bandar. Apa-apa pun aku berdoa benda-benda ni tidak berlaku kepada keluargaku dan juga semua orang...

11 July 2014

Majlis Sambut Bulan Ramadhan









Ok nak citer...nak citer sikit..kejadian sebelum puasa. Kami bincang-bincang untuk mengadakan majlis sambut puasa BSS. Support staff only. Kami buat untuk kita kita aje. Walaupun kami tak ramai tapi meriah. Meriah dengan makanan pot luck. Birthday girl buat kek okeyy..sedap..Makanan yang lain dari SS yang lain. Semua makanan sedap..termasuk ikan masin aku yang macam nak rentung sikit rasa dia..hehehe..Nak cepat punya pasal..Goreng pagi buta..

Habis puasa nanti kita wat makan-makan lagi yek untuk kita kita aje... Selamat Menjamu Mata..Maybe makanan di atas boleh beri idea kat korang masak time puasa ni kan..

Terlajak Laris...Sambal Hitam Sangdewi




Assalamualaikum wbt...Salam Jumaat..Salam 13 Ramadhan 1435,

Sebelum memulakan bicara, mari kita sama-sama berdoa untuk saudara Islam kita di Bumi Gaza yang melalui keperitan hidup, menjadi mangsa pertempuran dari musuh sedangkan kita hidup aman di tanah air kita. Tak sanggup melihat gambar-gambar, video saudara kita yang berlumuran darah, berlari mencari tempat sembunyi, dibom musuh.. Hanya doa yang mampu kami lalukan bahkan sumbangan turut disalurkan untuk membantu saudaraku disana.. Tabahlah la wahai saudaraku.. Syurgalah tempatmu..

Sedang kami enak menjamu selera,
Kamu lari bertempiaran,
Sedang kami tidur nyenyak di atas katil,
Kamu tidur di kaki lima.

Sayu hati mengenangkan apa yang berlaku di sana. Allahu akbar..Allahu akbar...Allahu akbar..Tak lupa juga untuk keluarga mangsa MH370, sehingga ke hari ini masih belum ditemui.

*
*
*

OK, sambung pasal sambal hitam pula ye. Gambar diatas adalah tempahan sebelum puasa..Banyak kan..Tu semua orang ofis yang tempah. Dengan ikhlas dan jujurnya, saya mengaku yang sambal hitam sangdewi sangat sedap.... Boleh di makan dengan nasi, roti, biskut, bubur dan macam-macam lagi..Makan sekali pasti nak lagi.

10 July 2014

Pekasam Daging



1st time nampak pekasam daging!!!bila member fb upload dan jual pekasam daging, aku pun terus order.  Beli 2 peket terus. Balik rumah terus goreng..Ermmmm sedapnya. daging tak liat pun. suka suka suka...Nak masak pun senang je. Sama macam goreng ikan pekasam. Sepeket dah digoreng, tinggal sepeket lagi yang belum digoreng. Ada je tersimpan dalam peti. En.suami tak suka pulok bau daging pekasam ni...Tunggu en.suami takde la baru boleh goreng..

Harganya RM9.50
Berat 130g

08 July 2014

Eh Eh Bazaar! di Maeps


Pose dulu dengan kereta Ala Fonte yang berada di luar dewan
 Suasana di EH EH Bazaar
 Selendang/shawl RM3

 Booth DJ Lin Suria Cinta
 Baju Melayu  dan Sampul Duit Raya Adi Putra

 Si kakak ni memang jenis kumpul duit sebab dia dah ada target nak beli apa. So, dia akan bawa kemana-mana saja dompet duit tu jika kami keluar. Sebelum dia kata nak beli tudung..ok fine..aku suka dia nak beli tudung. Akhirnya dia ternampak patung comel tu..Dia berkenan..SO, redha je la sebab duit dia kan.



 Saida dan saerah di pentas dengan mendendangkan lagu serta memberi beberapa soalan kepada pengunjung yang hadir


 Yes!!!dapat jugak ambil gambar dengan Saida dan saerah. Dia ada buka booth. Jual kain skirt yang Siti selalu pakai kat instagram tu. Cantik skirt tu. (Nak belajar jahit skirt la)
 Aqil gigih bawa barbie doll kakak.



 Sambal hijau...best jugak rasanya..Boleh juga digunakan untuk menumis sebab bahan-bahannya lada,bawang dan ikan bilis

Antara artis yang membuka booth di EH EH Bazaar!!! Harga berpatutan...Sekian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...