27 June 2014

Ukur Baju Raya 2014






Ini tailor aku. Auntie Mimi. Tinggal 1 taman je dengan mak aku. Aku memang selalu hantar kat dia. Best la jugak dia jahit. Dulu-dulu hantar baju kurung dan kebaya and now berubah ke kurung moden pulok. Mahal jugak tempahan untuk baju kurung moden yek. Sepasang RM65.00. Wow!!!

Terpaksa hantar kat dia sebab tailor lain memang aku tak biasa sangat. Tak sabar nak pakai baju ni. Kain pasang ni pulok beli dari Yana BC. Tunggu la hasilnya ye..Opss lupa nak cakap, ni untuk baju raya ke-2. Raya pertama kami sekeluarga pakai sedondon kaler oren.

24 June 2014

Crunchy Caramel Almond





Setelah sekian lama makanan ni jadi trending (suatu ketika dahulu)..aku baru try beli kat jiran satu blok. Perghhh sedapnya..anak-anak pun suka makan. Makanan ni elok dimakan sebab mengandungi kekacang. Baik untuk anak-anak dan baik juga untuk mamanya hehehe..

Sekejap je habis sebalang..next time la repeat order..harga boleh tahan..Rm25 kot..ntah lupa dah..tak boleh hidang time raya..mau cepat habis..rugi rugi..

Kalau gaji besar boleh la hidang time raya..hehehe..setakat gaji PT..hidang kerepek je la..ye dok

23 June 2014

Sotong Made In Terengganu



Layan gambar lama lagi..

hahaha busy sangat ke???? walaupun gambar biasa-biasa aje tapi aku nak post jugak. Ini merupakan ole-ole dari Terengganu bersempena en.suami pergi mencandat sotong dengan member ofis..Bulan berapa ek???lupa. Cam dah lama jek.

Gambar keropok lupa nak snap..so takde la gambar keropok itu..Ini benda wajib kalau gi Terengganu Kite.

Ok..dah habis..

18 June 2014

Kad Hari Ibu 2014






Mak oiii...lamanya terperap gambar kad hari ibu ni...hari bapa baru je lepas..

Terharu sungguh dapat kad dari anak-anak. Mama dulu-dulu mana pernah buat kad ni untuk nenek korang. 

Terima kasih la anak-anak ku..i love you too

***korang baca la apa yaang anak aku tulis tu yek...

11 June 2014

Antara Bangunan Cantik Di Putrajaya


 Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

 Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKKM)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)


Jabatan Peguam Negara (AGC)

Inilah bangunan yang berada di Presint 4, Putrajaya.

10 June 2014

Kuih Dangai


Bahan-bahannya:
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus

Cara-cara Membuatnya:
1.  Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2.  Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam 
     dan gaul rata.  Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3.  Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4.  Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu 
      dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5.  Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6.  Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, 
      ianya tidak perlu ditekan.
7.  Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.
 
p/s: sedap weh kuih ni....sape yang tak pernah mencuba tu...ce try..pasti nak lagi. Aku beli kat pasar tani Putrajaya. 5 biji RM2 kalau tak silap.
 

09 June 2014

Nasi Lemak Kuning Mellia

Nasi lemak kuning air tangan Melliasyg.

Telur rebus Melliasyg.hehe

Kuih-muih dari Idalovely.

Air Nescafe air tangan aku..ni je mampu hehe.

Jom makan..

Sorry yer, gambar berbulan lepas..hehe waktu breakfast. Makan ramai-ramai kan seronok ronok beronok ronok. ha ambik kau..

p/s: adakah aku dah post pasal nasi kuning ni..kalau dah post layan je sekali lagi ek..mak ni pelupa..double check tadi cam tak post lagi..layan...

06 June 2014

Jahit Kasut Di Serdang


Hai..Selamat Petang..

Hari ni tak berapa nak busy sangat..So, boleh la update entri blog.

Masih dengan gambar lama..jangan marah ye..layan kan aje yer.

Tujuan sebenar nak ke serdang adalah nak jcari tukang jahit kasut kaki lima. Murah dan berkualiti. Tapi sorry la, takde gambar kasut pun..Yang ada cuma gambar-gambar diatas jek. Sementara menunggu kasut siap dijahit, makanya kami bawa la anak3 main kat taman permainan dulu. Sejam gak tunggu sebab banyak kasut.

ok dah..tu je nak cerita utk petang ni.

***Miss anak-anakku di kampung...Minggu depan mama dan papa balik ye..

04 June 2014

Coconut Shake Serdang


Wah!!!

Gambar lama baru muncul di blog...wat orang gelak je..(ada aku kisah)

Perghhh coconut shake ni ada 2 scop aiskrim di dalam nye....delicous sungguh. Kat pasar tani 1 scop je. Yang kat serdang ni dah macam kat Pantai Klebang Melaka..sangat sedap dia punya coconut shake..

Tapi kan..kat serdang ni boleh pilih aiskrim nak perisa apa...jeng jeng jeng..lokasi di kaki lima jekkk..

Fruitty Floss



Makanan kesukaan ku...Gula kapas..Anak3 pun suka. Walaupun manis, tetap hadap juga. nyum nyum. Korang pun suka jugak kan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...