29 May 2014

Big Bad Wolf - Festival Belia 2014


Inilah hasilnya...

Tak banyak pun aku shopping kat situ sebab dia tak banyak buku aktiviti. Aku suka cari buku aktiviti/latihan untuk anak-anak. Buku mak tak beli pun. Nak beli novel memang tak la.. Setahun tak habis baca kot.

Tahun ni macam tak berapa havoc n happening la festival belia..Nampak kureng sangat. Bulan depan floria pulak..emmm cuci mata tengok bunga je la..tak pernah pun beli.

27 May 2014

Red Bull Air Race Putrajaya



Yeaaa...dapat tiket dari By-T. Tq yek sudi hantar ke rumah aku.

Waaa...ramainya orang kat sana...Banyaknya kereta kat sana..Jauh la parking.. Disebabkan 1st time nak tengok redbull ni...Ku gagahi juga la sebab nak bawa anak-anak tengok.. Mama tak excited sangat pun.. ececeh.

Ala..boringnya...biasa-biasa je..Ingatkan ada la aksi yang menarik dan tertarik..takdoh ehhh..

Ok jom balik, hari nak hujan. Otw nak balik kat kereta..hujan pun turun..Dah...cepat sikit lari masuk dalam kereta..perut dah lapar gile...terus gi Gazebo je..dekat dengan rumah..senang..

26 May 2014

Pisang Salai Original Dari My Bos


Apa besa pisang salai dengan pisang cheese ek? Macam sama je..Maybe perbezaannya pisang ni disalai, pisang 1 lagi tu digoreng ye dakkk.

Apapun. TQ mybos..Sedap sangat..Nak lagi!!!erkkk..

22 May 2014

Haiyoo..Manyak Olang Ooo







Petang yang agak mengantuk ni...aku rajin dan gagahkan diri untuk berblog. Pagi tadi dah blogwalking and now aku nak update post lagi...banyak sebenarnya gambar-gambar yang dah berbulan duk dalam handphone aku ni..cam semak je..so, kita campak gambar tu ke dalam blog la pulak ek...

Gambar-gambar di atas adalah di Giant Taman Connought. Tempat aku ambil stok sambal hitam Kak Zyee tu. Standard la kalau gi sana, mesti menyinggah masuk kat dalam Giant. Tapi aku bukan masuk betul-betul kat dalam Giant...Giant tu belah atas, aku gi belah bawah..tempat orang jual baju, kasut..dll..tapi kat bawah tu ramai orang Negro tauke kedai..so hati-hati la ye..

Kebetulan pergi situ, ada pulak jualan murah barang-barang baby/kanak-kanak. Apa lagi, terjah la..tapi jammed wooo..sesak..ramai sangat orang..Jualan ni tak selalu ada..ni 2nd time aku gi jualan murah ni..Memang murah la.. Barang mainan kanak-kanak import punya.. memang canggih dan murah la..

1st Time Overtime



Syukur Alhamdulillah...rezeki

1st time kot baru dapat arahan kena Overtime (OT) a.k.a kerja lebih masa. Bermula  19 Mei - 30 Jun 2014. Dapat la sebulan lebih. Sape nak bagi kan!!!

Lepas la duit tu guna untuk perbelanjaan raya ye dak. (macam konfem jek dapat duit, silap gaya dapat cuti jek). Kita tungguuuuu...

OT ni bukan untuk potpet potpet tau..Ni OT untuk buat keje. Penat jugak angkat-angkat barang ni..bukan setakat angkat-angkat je tapi panjat-panjat gak tau.

Yang terlibat cuma supportstaff jek. PTD jadi penyelaras. ok bai

21 May 2014

Jumpa Ustaz Don & Yatt Hamzah di MOF


Anjuran Puspanita.

FORUM PERDANA HARI IBU: “MENJADI WANITA YANG DISAYANGI, DISEGANI DAN DIRAHMATI”

Tajuk dan penceramah yang best memang wajib kena pergi walaupun tarikh tu clash dengan kursus..Apa boleh buat, ceramah diutamakan. Bukan senang nak jumpa dua motivasi/selebriti ni kan. Diakhir sesi ceramah, Yatt menyampai sebuah puisi yang bertajuk hijrah (kalau tak silap la). Best sangat..menitis airmata dia dan kami-kami semua..
Aku bagi 5 bintang...best sangat pengisiannya...Lain kali datang lagi..

16 May 2014

Sekitar Sambutan Ulangtahun Ke-19 Siti Nurhaliza Di Dataran Gemilang - Akhir










Habis sudah upload gambar Siti Nurhaliza bersantai di Dataran Gemilang...Semoga terhibur..wahhhh!!! layan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...