30 January 2014

Cuti CNY 2014

Hari ni tuan rumah bercuti balik kampung. Memang dah plan sebenarnya. Seba rasa macam dah lama tak balik. Nasib baik sekolah start cuti hari ni sampai la hari isnin.

Pagi ni aku baru bertolak balik ke kampung. Ikutkan hati nak je balik malam tadi tapi driver penat. Nak wat camne. Kalau paksa-paksa, nanti dia suruh aku drive..Oiii taknak la koi. tak berani...banyak lori treler, kontena, lori balak dan lori minyak..Sorry le, tak berani..

Malam selasa, aku dapat panggilan dari kakakku mengatakan bahawa abahku sakit. Aku terus tak keruan. Sakit apa? tertanya-tanya aku dibuatnya. Kakakku cakap sakit dalam perut, cam senak gitu le..Abahku tak dapat menahan kesakitan, dan terus gi poliklinik...Abahku ni takut gi klinik sebenarnya..sebab tu dia gi klinik swasta..kalau klinik kerajaan, mau kena tahan wad..

Sebelum abahku sakit, mak aku dah sakit hampir 3 minggu..tapi sekarang masih terasa lagi. Tak sembuh sepenuhnya. Sakit mak dan abahku sama. Pelik!!!

Hari ni tukang urut datang rumah. Malam semalam aku tanya adik aku, dia kata takde perubahan pun. Aku makin risau. Tak keruan dibuatnya. Terkadang aku terfikir sesuatu...Semalam aku google something..Ada berkait pulak dengan sakit mak dan abahku. Maybe kebetulan jek..Tapi kadang-kadang kena fikir positif dan negatif jugak..So, aku download la ayat Ruqyah (ayat pendinding diri). Aku akan cuba berusaha sehingga aku berpuas hati. Kenapa aku berfikiran begitu, sebab banyak cerita dan peristiwa disebaliknya..

Jaga-jaga..ada yang perhati..huhuhu

Semoga mak dan abah cepat sembuh. Amin.

Double Celebration Sitizoners10CT35 - Part II
















Sambung lagi...

29 January 2014

Double Celebration Sitizoners10CT35 - Part I

Candy Buffet...banyak giler coklat, gula-gula, mashmallow, kek dan macam-macam lagi.

Kek comel..dapat gak merasa walaupun kecik.

Tema pada hari tu ialah Circus. Dah lama Siti Nurhaliza nak buat tema Circus sebab circus melambangkan keseronokan..Dia nak semua peminat-peminatnya seronok.

Ni kawan baru kita. Dua2 mak orang ye.Kami 1 kumpulan dan duduk 1 meja. Nama kumpulan kami ialah Kau Ku Sayang sempena tajuk lagu Siti Nurhaliza.

Comel je belon-belon tu. geramm..

Cupcake dan pelbagai jenis kek yang lain..Sedap..tapi tak sempat nak merasa kesemuanya..Lagipun aku bukan hantu kek.

Inilah suasana dalam dewan sebelum ketibaan Siti Nurhaliza. Warna tema ialah hijau.

Yang ditemuramah oleh Ali Anugerah (MC) itu ialah peminat Siti Nurhaliza dari Indonesia..Syam Kus yang sangat sporting dan peramah.

Yang dinanti telah tiba iaitu Siti Nurhaliza penyanyi No.1 negara.

Siti Nurhaliza mendukung anak buahnya Umar iaitu anak adiknya Hafiz.

Alahai comelnya muka dia..so sweet

Yes...Siti Nurhaliza pandang ke arah lensa kamera ku.

Sambung...

23 January 2014

Ajar Anak Membaca


Hai...

Lama tak update blog. Tuan rumah sakit. Bisul tumbuh kat peha. Seksanya nak jalan. And now pun still tak baik lagi walaupun dah pergi ke klinik selepas habis keje hari selasa.

Hari rabu dapatlah MC. Sehari je. Ok la tu daripada tak dapat. Dan hari ni bekerja seperti biasa dengan kaki yang terhencut-hencut. Darah n nanah still keluar lagi. So kena tutup dengan tisu or etc.

Gambar diatas adalah gambar tahun lepas. Disebabkan tak sempat nak upload, jadinya aku upload hari ni la. 

Si abang ni masih merangkak lagi membaca beza sungguh dengan si kakak yang boleh membaca dengan lancar pada usia 5 tahun. Ni si abang dah darjah 1 masih mengeja. Banyak main sungguh ini budak. Mau rotan baru nak baca. Si adik pun sibuk nak baca jugak..Hari keje idok la rajin sangat si mamanya nak ngajor. Tunggu cuti hujung minggu baru la boleh jadi cikgu.

20 January 2014

Bukit Tinggi Pahang - Part 2

















Ok...ni sambungan dari Part 1..

Tengok gambar je la yek..tak idea nak mengarang.

16 January 2014

Benci MLM

Salam Khamis,

Nak cerita pasal MLM (Multilevel Marketing) yang makin menjadi-jadi. Aku tak terkecuali dengan skim tersebut. Kena cari orang je la kejenya.

MLM tak sesuai dengan aku yang pentingkan kehidupan berkeluarga. Aku nak spent time dengan keluarga. Tak suka keluar malam, balik kewat pagi.. Itu bukan aku. Aku bukan jenis tu. 

Sabtu ahad tak boleh rehat. Kena cari orang...kena cari orang sebab nak capai apa yang kita hajati. Nak pergi trip sana sini. Nak bonus masyuk tiap-tiap bulan. 

Gaji aku sekarang ni dah cukup untuk makan 3 kali sehari..malah boleh lebih lagi. Kenapa??? Walau gaji kecik tapi boleh hidup hingga ke hari ini. Gaji aku RM1k je..

Aku tengok yang sibuk dengan MLM ni...kerja di ofis terabai..EL MC EL MC..rekod di ofis buruk. Gaji di ofis jadi tak berkat nak bagi anak-anak makan.

Aku dah masuk 3 MLM.. cukup le tu. taknak dah. tak menarik langsung. Kadang-kadang taktik org MLM ni buruk, tak suka.. Main paksa-paksa suruh orang beli barang, tinggalkan barang kat seseorang sebab disengajakan..(boleh follow up, gitu le) Cerita kelebihan produk, padahal takde kesan pun.. Semua produk kononnya ada kesan positif belaka..padahal...

Nak share sikit, bukan nak menjatuhkan..ye

Ada someone dah beli produk yang dikatakan sangat berkesan..tapi kesian, orang yang nak sembuh tu semakin teruk..orang yang menjual tu tak rasa bersalah ke? 

Disebabkan aku dah pernah masuk MLM, so aku tau la produknya macam mana kan!!!

Dan satu lagi nak share, maaf ye, aku pernah beli sabun yang dikatakan boleh menyembuh sakit itu dan sakit ini tapi nyata makin teruk..kulit makin kering dan berbagai lagi..aku pun ditipu jugak..ermm..bukan aku sorang  malah ramai yang memberikan kesan negatif..Aikkk ingat aku sorang je..

Tu la manusia, kalau nak kaya cepat sanggup buat apa saje..Macam nak bunuh orang..

Good bye Hai-O, Rafa dan Uptrend..

15 January 2014

Bukit Tinggi Pahang - Part 1











Hai...Assalamualaikum my frend,

Macam dah lama tak update blog. ermmm...So, hari ni nak update blog la.

1st time kot sampai ke Bukit Tinggi ni. Sampai kat sana pun dah petang, so ambil gambar kenangan je la. Aku n family baru balik dari kenduri jemput menantu adik ipar kat Lipis. Sementara otw nak balik Putrajaya, kami singgah sebentar ke Bukit Tinggi. Saje nak tengok cantik ke tidok. Boleh la...

Taknak cerita panjang lebor, so kena gambar je la yek..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...