15 December 2014

Open Day BPA







Hi readers...

Kembali kita setelah beberapa hari tak update blog.

Ini cerita bulan lepas ok. Belek-belek gambar dalam galeri, rupanya banyak lagi gambar yang belum di post kan. 

Di hari terbuka BPA, kami sertai walk hunt. Syarat wajib ialah 3 orang untuk satu kumpulan.. ok cantik la..kami memang datang bertiga je. Apalagi, harus la join kan...mana tau ada rezeki kan.

Ada 4 cabaran dalam walk hunt BPA tersebut. Pertama, menyusun puzzle. Bab puzzle ni, member aku terror sikit. Aku out..haha. Nasib baik cukup masa. Kedua, karaoke. Kena pilih sampul surat yang diberikan. Mak ai..kena nyanyi lagu lama. 60an kalau tak silap. Belasah aje la. Ketiga, main congkak kalah mati. Bab congkak serah kat aku. Yeay satu-satunya kumpulan yang menang main congkak. Kumpulan lain semua kalah. Yes!!! Cabaran keempat ialah batu seremban. Alamak...cabaran yang ni kumpulan kami kalah. Kena penalti 5 minit..

Soalan-soalan dalam walk hunt tu kira senang la jugak. Dan akhirnya..tiba lah masa yang ditunggu. pengumuman pemenang walk hunt. Jeng jeng jeng!!! Kami dapat tempat ke-2. Alhamdulillah rezeki. Dapat la hamper.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...