16 July 2014

Cuci Mata Di Jalan TAR [Raya 2014]
















Kami pergi ke Jalan TAR time belum puasa lagi. Kalau pergi time puasa, confirm penat la kan. Pagi tu aku wat OT dulu kat ofis, tengahari baru gerak ke KL. Mak aiii jalan jammed.. Pusing punya pusing tetap jammed jugak. Nak masuk area Jalan TAR tu memang jammed giler. Semua last minute punya keje la tu. Termasuk aku.hahaha.

Akhirnya, kami decide naik LRT jek. Parking kereta kat titiwangsa dan naik LRT kat situ. Fuhh lega. Suka bebenor anak3 naik LRT. Memang 1st time la diorang naik. Mak dan bapak nya last naik pun sebelum kawin kot. Lama tak???

Jalan-jalan cuci mata..Kononnya nak cari baju melayu untuk 2 orang anak bujangku. Tapi tak jumpa warna yang kami cari. Takpe la, kita cuci mata je la. Sambil jalan-jalan, nampak orang tengah lukis gambar pemandangan kat kaki lima. Berbakat sungguh. Tengok la 2 orang anak bujangku, siap duduk lagi. Kusyuk betul dia tengok tangan seni orang tu wat lukisan. Murah je RM20 satu karya/lukisan.

Lama jugak duk tengok orang lukis, dalam 10-15 minit jugak kot. Laki aku la, ralik sangat tengok orang tu buat. Terpegun kot. Lepas tu kami ke SOGO pulak. Mak aiiiii ramainya orang...Naik eskalator tingkat 3 nak cari baju anak3..Ermmmm, jom kuar dari SOGO..Rimas, lemas semua ada...Ramai giler orang.

Keluar dari SOGO, tengok orang wat persembahan pulak. Sedap jugak suara dia. Layan la jap...Habis layan..jom la balik, kaki dah penat. huhuhu..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...