07 March 2014

Aku Sokong LM !!!


PENDERITAAN NurLiyana Abd Manan atau dikenali sebagai Liyana dalam berdepan kontroversi membabitkan suaminya, Romie Razin Adilha dengan pelakon jelita, Hanez Suraya nampaknya tidak dilalui secara sendirian apabila puluhan ribu penyokongnya mula "berkumpul" di Facebook.

Atas dasar menunjukkan sokongan, sebuah fan page Facebook, "Kami Sokong Liyana Manan" telah diwujudkan oleh pengguna Facebook bagi mempertahankan tindakan Liyana dan menyelar perbuatan Hanez yang dianggap sebagai perampas.

Rata-rata pengguna Facebook yang menyatakan sokongan kepada Liyana memuatnaik kata-kata semangat kepadanya untuk berdepan dengan situasi tersebut.

Malah menurut mereka, rakyat Malaysia sentiasa bersama Liyana dan akan sentiasa menyokong beliau dalam menghadapi kontroversi tersebut.

Berdasarkan tinjauan, laman Facebook yang diwujudkan semalam itu telah mencecah 69, 046 like hingga jam 11.30 pagi ini.

*** Aku dah like page itu semalam ye...Kenapa aku like?? Sebab aku adalah wanita, seorang isteri yang bermaruah..I hate HS..Tuhan bagi akal fikiran untuk berfikir..Bukan aku nak tunjuk baik, aku pun banyak dosa jugak..Siapa sanggup kalau laki sendiri ambil gambar dengan pompuan lain haaa..bermesra gitu...berpeluk sakan..ko mampu???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...