16 January 2014

Benci MLM

Salam Khamis,

Nak cerita pasal MLM (Multilevel Marketing) yang makin menjadi-jadi. Aku tak terkecuali dengan skim tersebut. Kena cari orang je la kejenya.

MLM tak sesuai dengan aku yang pentingkan kehidupan berkeluarga. Aku nak spent time dengan keluarga. Tak suka keluar malam, balik kewat pagi.. Itu bukan aku. Aku bukan jenis tu. 

Sabtu ahad tak boleh rehat. Kena cari orang...kena cari orang sebab nak capai apa yang kita hajati. Nak pergi trip sana sini. Nak bonus masyuk tiap-tiap bulan. 

Gaji aku sekarang ni dah cukup untuk makan 3 kali sehari..malah boleh lebih lagi. Kenapa??? Walau gaji kecik tapi boleh hidup hingga ke hari ini. Gaji aku RM1k je..

Aku tengok yang sibuk dengan MLM ni...kerja di ofis terabai..EL MC EL MC..rekod di ofis buruk. Gaji di ofis jadi tak berkat nak bagi anak-anak makan.

Aku dah masuk 3 MLM.. cukup le tu. taknak dah. tak menarik langsung. Kadang-kadang taktik org MLM ni buruk, tak suka.. Main paksa-paksa suruh orang beli barang, tinggalkan barang kat seseorang sebab disengajakan..(boleh follow up, gitu le) Cerita kelebihan produk, padahal takde kesan pun.. Semua produk kononnya ada kesan positif belaka..padahal...

Nak share sikit, bukan nak menjatuhkan..ye

Ada someone dah beli produk yang dikatakan sangat berkesan..tapi kesian, orang yang nak sembuh tu semakin teruk..orang yang menjual tu tak rasa bersalah ke? 

Disebabkan aku dah pernah masuk MLM, so aku tau la produknya macam mana kan!!!

Dan satu lagi nak share, maaf ye, aku pernah beli sabun yang dikatakan boleh menyembuh sakit itu dan sakit ini tapi nyata makin teruk..kulit makin kering dan berbagai lagi..aku pun ditipu jugak..ermm..bukan aku sorang  malah ramai yang memberikan kesan negatif..Aikkk ingat aku sorang je..

Tu la manusia, kalau nak kaya cepat sanggup buat apa saje..Macam nak bunuh orang..

Good bye Hai-O, Rafa dan Uptrend..

1 comment:

  1. ooo...pernah gak di ajak join tapi hehe sebab tak rajin dengar je la

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...