31 December 2013

Kerja Semula Setelah Seminggu Bercuti


Hai...Assalamualaikum,

Seronok tuan blog bercuti yek. Bukan holiday jauh pun, cuma balik kampung je. Tetiba semalam ter'EL' pulak disebabkan Afiq demam dan naik nanah dikaki dan tangan. Badan-badan dia jadi kering dan berbiji-biji disekitar belakang dan depan badan.Rasanya time mandi kat Bukit Gambang yang jadi camtu. Klorin banyak sangat kat dalam air tu..Habis kulit..

Hari jumaat dah balik Putrajaya sebab hari sabtu ada hari orientasi tahun 1. Mak bapak kena dengar taklimat dalam dewan, budak-budak jawab ujian dalam kelas. Husband cuma hantar aku je, dia jaga anak yg lain kat rumah. Sekali berat daaaa sebab baru beli buku tulis utk Syuhada dan Afiq..Pastu kena ambil buku teks Afiq pulak..Apa lagi terus call husband tolong angkut buku..hehehe..

Hari ni pulak, naik je keje kena ganti orang kaunter. Orang tu MC. Aduhaii keje asyik kena ganti kaunter je la..banyak benor MCnye..Mana nak PA, mana nak jaga kaunter. Kena belah badan bagi 2 la kalau boleh. Kat meja PA berlambak surat nak direkod. Main lari kejap ke kaunter, kejap jadi PA, kejap bos panggil, kejap kena hantar memo. Gitu la gayanye. 

Sape kata kerani takde keje??hahaha

18 December 2013

Buku Kedua Puluh Tiga Dari Perpustakaan :Siapa Allah Di Hatimu?


Andai dikau bertanya... Firman ALLAH SWT di dalam al-Quran, “Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang-KU, maka AKU ini amat dekat...” (Al-Baqarah, 186) Dirimu adalah hamba ALLAH SWT. Sesungguhnnya dalam kegersangan hidup yang dikau alami tika ini, adalah kerana dikau tertinggal satu permata dalam hati untuk dikau kerdipkan ia bersama dendangan kehidupan ini. Apabila permata itu dikau persia, hidupmu akan jadi sia-sia. Dikau akan sering tercari-cari dalam realiti dunia yang terang, dikau akan sering termimpi-mimpi dalam fantasi malam yang suram. 

Hari demi hari hidupmu, setapak demi setapak dunia datang menghasut, lalu selangkah demi selangkah permata itu kian jauh daripada dirimu. Metafora kehidupan tidaklah sesukar ini andai dikau kenal permata itu. Andai dikau tahu dan sedar bahawa dirimu ini adalah hamba, dikau takkan tercari-cari lagi dalam realiti. Dikau takkan termimipi-mimpi lagi di dalam fantasi. Andai dikau mahu dan peduli untuk bertanya tentang-NYA, hidup dan hati yang dikau isi dengan rasa pengabdian untuk-NYA, akan terasa manis apabila dikau tahu nikmatnya hidup di samping tuhan.

17 December 2013

16 December 2013

Kakak Dapat Naik Kelas




Syukur Alhamdulillah. Sekolah di bandar banyak cabarannya. Sebagai ibubapa, kita perlu membentuk mereka menjadi anak-anak beriman, bijak pandai dan berguna.

Dalam exam yang lepas, pencapaian dalam matapelajaran boleh dikatakan memberangsangkan. Makanya dia dapat lompat 1 kelas yang lagi baik dari kelas sebelum ini.

13 December 2013

Temasya Sukan 2013














Hai...Assalamualaikum,

Sorry terlupa nak upload gambar Temasya Sukan 2013. Sebelum cuti sekolah, SKPP 9(2) mengadakan temasya sukan tahunan. Yang terlibat dengan temasya sukan tersebut bermula dari prasekolah hingga ke darjah 6.

Kelas Afiq iaitu Masyhur telah mendapat Johan dalam temasya tersebut. Tahniah Afiq. Kebetulan pada hari tersebut, papanya tidak dapat bersama-sama kami kerana terlibat dengan sukan tarik tali.

Aku la yang mewakilkan diri menjaga anak-anak di temasya tersebut. Sampai tak sempat nak tengok si kakak main sukan. Habis je sukan, kami jalan kaki je balik rumah. Nasib baik rumah dekat je dengan sekolah. Tahun depan Afiq dah masuk darjah 1 dan kakaknya pula darjah 3. Aqil masuk 3 tahun..ermmm sekejap je budak-budak ni besar..Mama pun makin lama makin tua la..

12 December 2013

Bersama Anak Buah


Me with anak ke-3 kakakku yang bernama Amalina.


Ini pula Syasya, anak sulung kakakku.

11 December 2013

Jahit Tudung Baru #1


Yea dah siap jahit tudung...nak melilin je belum lg sbb lilin takde..excited nak pakai..    In Shaa Allah akan ada warna yang lain juga. #tudungkuning #deynatailor #macamtudungbudaksekolah

Teruja Melihat Hujan Meteor


Terlupa nak cerita pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan iaitu dapat melihat hujan meteor jatuh.

Memang bersengkang mata dan berdoa kepada Yang Maha Esa supaya aku dapat melihat ciptaan-Nya itu.

Akhirnya dalam pukul 11.00-12.00 malam (bulan Ogos 2013) aku dapat juga melihatnya bersama adik dan rakan-rakanku di kampung. Pengalaman itu sentiasa diingatan.

Pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. "Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

Dijangka pada 17 Disember 2013 akan berlakunya hujan meteor. In Shaa Allah, aku akan bersengkang mata lagi melihat kejadian itu.

05 December 2013

Shawl 2 Tone + Chiffon Dahlia [Hijab Aspira Online]





Ini shawl 2 tone pink+black. Senang dipakai. 
Harga Pasaran: RM49.90
Harga Hijab Aspira Online: RM20.00

 Ini Chiffon Dahlia. Senang dipakai. Cuma sarungkan je.Ibu-ibu berkerjaya memang suka pakai tudung sarung kan.

Harga Pasaran: RM69.90
Harga Hijab Aspira Online: RM45.00


04 December 2013

Cheese Nan @ RSMY Medan Tuanku KL


Balik dari Pahang, singgah sebentar untuk dinner di RSMY. Nak try rasa Cheese Nan meleleh..Delicious!!! Sedap sangat. Meja selalu full. Ramai sangat orang sebab kesedapan cheese nan nya. Cuba lah!!!

RSMY - restoran selera my 
No 11 & 13, Jln Medan Tuanku, 50300, KL. 
Tel: 03-2697 0700 

No 16 Lrg Bunus 6, Off Jln Masjid India, 50100 KL.
Tel: 03-2692 9700

Hari Lahir Syuhada


Selamat hari lahir buat anak sulungku, Nur Alya Syuhada yang ke-8.

Semoga menjadi anak yang solehah, beriman, hormat orang tua dan dimurahkan rezeki.

Sorry lambat upload. Hari lahirnya jatuh pada 24 Oktober yang lepas...

02 December 2013

Tudung Hoodie Plain [Y.E.S]

Cara pemakaian hoodie plain.

Berminat: Sila emelkan kepada pensil70@gmail.com atau ingin melihat lagi banyak koleksi tudung, sila like page Hijab Aspira Online. TQ

Kedua-dua hoodie tersebut masih AVAILABLE. Cepat GRAB sebelum terlambat.

Tudung Shiffon 3 Layer [Y.E.S]

Berminat: Sila emelkan kepada pensil70@gmail.com atau ingin melihat lagi banyak koleksi tudung, sila like page Hijab Aspira Online. TQ

Ketiga-tiga tudung tersebut masih AVAILABLE. Cepat GRAB sebelum terlambat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...