31 January 2012

Muhammad Al Ameen - Sinar Maulidur Rasul 1433H


Cannot go...

Jauh dari tempat ku ini..
Kalau buat disini, pasti ku kan pergi.

Tengok youtube ajelah nanti yup..

I City 2011 - Part 4


 Ada konsert rock malam tu..Antara artis yang hadir ialah Kumpulan Kristal, XPDC dll.


 Hilangkan dahaga...Cari air di KK.


I-City 2011 - Part 3





30 January 2012

I-City 2011 - Part 2





Aku bawa beg yang bos bagi..Dari Vietnam..

Thanks.. Pn.Syima(yg sedang cuti bersalin skrn ni)..

I-City 2011 - Part 1





Gambar lapuk...

Aku gi I-City bulan disember 2011 bersama adik dan kakakku sekeluarga..
nak upload..xde masa..

ok sekarang baru ada masa..tapi letih sangat..
banyak gambar hoooooo.

Perhatian: Virus FB


Aku dah terkena virus giler ni.. Malu muka nak letak bila akaun fb aku di godam oleh orang lain.

Pastu umpama aku tag video lucah kat member aku..Giler..
Sekarang aku dah takleh update post dan bla..bla..bla..

ni link yang keluar pas aku sign in fb aku..
http://faelblogso.blogspot.com/?final

FB Bangang

Tetiba ada orang tag video lucah menggunakan nama aku..Siooott betul..Aku tukar dah password lain.. Lepas nak sign in balik..x leh pulak nak buka..

Adakah FB aku digodam????

Siti Nurhaliza Menang 7 Anugerah

 
Siti Nurhaliza Menang Besar Untuk Anugerah intuned awards

- Favourite Artis/Band
 - Best Female Solo
- Best Album 2011 [All Your Love]
- Most Promising Artist/Band
- Best Muisc Video [Falling in love]
- Best Use of Social Media (Twitter/Facebook)
- Sexiest Female Artist

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza!!!

Juara Lagu AJL 26 - Awan Nano (Hafiz)


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

p/s: sempoi je hafiz punya pakaian kann...Suara hafiz memnag terbaik...
tak dinafikan la..

Sambutan Hari Wilayah 2012



28 January 2012

Page and Group "MaranVoice"


Siapa kat sini/pengunjung blog ni, orang Maran, Pahang Darul makmur.

Apa tunggu lagi.

Jom like Page MaranVoice dan Join Group MaranVoice untuk memberi cadangan/pandangan atau pun komen.

Insyaallah, apa yang anda suarakan akan menjadi nyata dengan bantuan Wakil Rakyar/ADUN dll.

27 January 2012

Magnum Haram


Maukah kita makan makanan mengandung Babi?
Atau gosok gigi dengan pasta mengandungi Babi?
Atau mandi dengan sabun mengandung Babi?
Atau Menggoreng makanan dengan minyak babi?

Perhatikan komposisi makanan pada bungkus / kemasan,
Jika mengandung kode dibawah ini, MAKA MAKANAN / MINUMAN / PASTA GIGI / SABUN ITU POSITIF MENGANDUNG BABI / SYUBHAT / HARAM.

Kode-kode pada makanan / minuman / sabun / pasta gigi itu adalah:
E120, E140, E141, E153, E325, E422, E430, E431,
E432, E433, E434, E435, E436, E470, E471,
E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481,
E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,
E570, E572, E631, E635.

sumber dari FB

20 January 2012

Lori Arak Terbalik


KUANTAN -  “Sedang saya memandu, saya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat seperti bom. Rupa-rupanya ada kemalangan yang mengakibatkan sebuah treler melentang di tengah jalan dengan beratus-ratus tin minuman keras bertaburan di atas jalan,” kata Wan Ismail Wan Majid, 52, saksi kejadian kemalangan di Jalan Sungai Lembing-Kuantan yang turut berada di belakang treler tersebut.

Wan Ismail yang merupakan kakitangan sebuah pusat rawatan alternatif, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam berhampiran Kolej Profiesional Mara (KPM), dia melihat kenderaan tersebut sedang mengundur di laluan menaiki bukit dan terbalik.

“Kejadian itu berlaku begitu pantas, dalam sekelip mata sahaja treler itu telah melintang di tengah jalan,” katanya.

Selain itu, kenderaan berat itu dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghantar minuman keras di Indera Mahkota, di sini mengakibatkan pemandu dan kelindannya cedera parah.

p/s: biar terbalik..biar hancusss

Kalendar 2012 Iron lady



TQVM Datuk,

Kasi saya kalendar 2012 melalui emel. 

CNY vs Boling

Salam Jumaat Yang Penuh Barakah,

Ceh, cam nak tulis surat cinta untuk sidia je kan.. Cam (Untuk yang dicintai.. bla..bla..bla)
Sempena Cuti Tahun Baru Cina ni, sekolah di putrajaya dan sewaktu dengannya mengambil cuti direct.. tambah lagi 3 hari dari rabu sampai jumaat.

Disebabkan pihak sekolah bagi surat lewat, aku pun xde la nak ambik cuti direct jugak. Memandangkan hari khamis ada perlawanan bowling kelab. Den dah bayor, lagipun dah lama tak main bowling.. Nak la tengok, kot2 strike ke or ke longkang ke...hehhehe
Korang doakan aku dapat top 5 ye..hehehhe (berangan jap)...top 5 awal tau,,, jangan top 5 dari belakang sudah..

Ingat kembali Zaman Dulu dulu

Korang pernah buat salah satunya masa kecil:

      1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

      2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

      3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

      4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali,
      menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

      5. Lukis burung guna huruf 'm'.

      6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

      7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

      8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia
      mati.

19 January 2012

Umie Aida Birthday







Sumber dari FB Datin Paduka Umie Aida.
 

Emel Tentang Dana Haji Jasman

Tuan,

Kami merujuk kepada email tuan seperti di bawah.

Sila ambil maklum bahawa Dana Haji Jasman tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) untuk menjalankan sebarang aktiviti menurut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 iaitu urus niaga dalam sekuriti, berdagang dalam pasaran derivatif, pengurusan dana, khidmat nasihat dalam kewangan korporat, nasihat pelaburan atau perancangan kewangan. Senarai aktiviti yang dikawalselia oleh pihak SC terdapat dalam Jadual 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang boleh diakses melalui http://www.sc.com.my/eng/html/cmsa/cmsa2007/CMSA2007Schedule-2.pdf.

Oleh yang demikian, syarikat/individu yang terlibat tidak dibenarkan untuk menawarkan sebarang bentuk sekuriti di Malaysia. Pihak kami juga telah menyenaraikan dana ini sebagai aktiviti tidak berlesen di laman web kami sejak 2010 (http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=579&menuid=&newsid=&linkid=&type=#d ) lagi diikuti dengan beberapa kenyataan akhbar untuk memberi peringatan kepada orang awam agar lebih berhati-hati dengan skim seperti ini.

Sekiranya tuan mempunyai sebarang maklumat berkenaan penawarkan produk tersebut, tuan adalah digalakkan untuk memberikan maklumat tersebut kepada kami, terutamanya bila, bagaimana dan di mana penawaran tersebut dibuat, nama individu yang terlibat berserta nombor telefon dan alamat penuh mereka, dan juga sebarang dokumen yang digunakan di dalam promosi dan penerimaan penawaran tersebut seperti salinan surat akujanji, risalah produk pelaburan dan lain-lain untuk tujuan penelitian lanjut pihak kami. Tuan diharapkan agar menyerahkan maklumat dan dokumen-dokumen berkaitan kepada kami di alamat seperti berikut:


Hal Ehwal Pelabur dan Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia
No Tel: (603) 6204 8999
No Faks: (603) 6204 8991
atau

Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab di atas keputusan-keputusan pelaburan/perdagangan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC. Senarai syarikat yang dilesenkan oleh pihak SC boleh disemak di laman web SC di www.sc.com.my atau dengan mengakses terus melalui Pengantara Berlesen.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

Devinder Singh
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

18 January 2012

Pelancaran Page MaranVoice


Insyaallah....

Boleh la join memandangkan saya berada di Maran pada 22 Januari 2012 ni..
Boleh tangkap2 gambar..

Boleh makan kek.. (ada kek ke?)
Lagipun Dataran Tasik tu dekat je dengan rumah mak aku.. Jalan kaki pun boleh.

Kalau taknak penat, naik kereta je la..

16 January 2012

Afiq Dah Jadi Budak Sekolah


Dah besar anak no.2 aku ni. Sudah sekolah tadika.
Afiq sekolah tadika kat bawah blok je..

Terasa diriku dah tua..Ada anak tiga..Dua dah sekolah..
Tinggal yang bongsu je belum..Umur tak sampai setahun lagi..Bulan depan cukup lah setahun.

Cukup la kot tiga orang anak...Ekonomi tak stabil lagi..Kalau stabil pun..
Takpe la..tiga orang dah lah..
hehehhee....
 

15 January 2012

I am Sitizoner


Gambar kaku..hahahahha

Time gathering dengan Siti tak sempat snap aku pakai baju ni...Lepas berpeluh "amazing race" aku mandi kat resort and then salin baju lain pulak..
Semput aku "amazing race"...Nasib baik tak tumbang..Husband aku la suruh aku join..Lari sana..lari sini..masuk dalam air, tiup belon sampai pecah..huhu tak pernah aku buat. Makan roti dengan cili, member lain yang buat..tak sanggup aku..cukup la meniup belon.

Dia lupa la aku ni darah rendah..Cepat semput.. Dulu-dulu boleh la nak lari..Dah beranak pinak ni banyak pulak masalah kesihatannya..

13 January 2012

Gardenia + Jem Balckcurrant T~Time


Untuk melengkapkan minum petang, ambil je roti dan jem yang sentiasa tersedia kat ofis ni..

Ye la, tengah hari x sempat nak lunch.. Sentap bila tengok orang beli makanan untuk lunch.. 
Cuba belajar untuk save budget tahun ni.. 

Balik rumah..siapkan makan malam pulak... Nak cari nasiiiiiii..lapor..

Sebab petang cuma makan roti je..tengah hari tak makan langsung..uhuhuhuhu

Good Luck And Good Bye

Pn.Syera yang dah tukar ke KPDNKK...memberi ucapan sepatah dua kata yang terakhir di BAC..

Cik Norina pula tukar ke KPKT..bangunan tinggi mencakar langit tu...
 
Gambar kenangan bersama Pn.Syera, Cik Norina..dan yang sebelah kiri tu..Nor..
 
Kad perpisahan ni make over sendiri je kat rumah..Ni muka depan kad
 
Ni pula isi dalam kad..tak tau nak tulis pe..aku berpantun sudah..

** Ucapan tahniah di naikkan pangkat dan salam perpisahan untuk anda berdua..
Harap dapat ketemu lagi di lain hari...sayang uollss berdua..sebab uolls berdua baik dengan saya...

10 January 2012

Layan Ombak Rindu Lagi Dirumah


time x de citer kat Astro...pe lagi layan Ombak Rindu kat TV la..byk kali dah tengok..layan dr external hard disk...

Citer aku bukan tomboy dah download...tapi x tgk lagi sebab sibuk layan ombak rindu berkali-kali..

Layan Blog Dari Handphone



Aku layan blog dari handphone orang di Kedai Makan Minang Maimbau, Bangi..

Makan pagi, roti canai dan teh tarik je..
Sebab utama ke sana adalah untuk mencari kain coklat (KAFA) dan tudung awning (Darjah 1) anak aku punya..

Kalau anak2 oullss dan sekolah nanti, pergi la ke kedai UnifromGallery di Warta dan seksyen (x ingat) kat Bangi...Dapat diskaun jika oullsss adalah member dia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...