04 February 2012

Rempah Ratus Dalam Rumahtangga Rasulullah S.A.W.


Tiada satu pun rumahtangga yang luput dari masalah kehidupan. Demikian juga rumahtangga Rasulullah. Namun, setiap masalah yang timbul dalam rumahtangga Rasulullah sekejap sahaja dapat berlalu dengan kejernihan, kegembiraan dan lapang dada. Sebagaimana dapat anda lihat dalam peristiwa berikut ini:


Ehwal Wang Belanja

Kekuasaan yang dimiliki oleh Rasulullah dengan harta rampasan perang yang semakin banyak, sebenarnya mampu untuk mewujudkan kehidupan Rasulullah lebih sesuai dan cukup. Namun demikian, Rasulullah telah memutuskan pilihan hidup sederhana untuk diri dan keluarganya. Bahkan, rumahtangga Rasulullah pernah mengalami himpitan ekonomi yang menyebabkan tidak ada masakan di dapurnya selama lebih dari satu bulan.

Ehwal Memisahkan Tempat Tidur Rasulullah S.A.W.

Rasulullah pernah memisahkan tempa tidur dengan isteri-isterinya selama satu bulan penuh, akibat perilaku isterinya yang mencetuskan kemarahannya sehingga Rasulullah bersumpah untuk tidak menemui mereka satu bulan penuh.

Mengenai Berita Bohong

Berita bohong yang dikenali dalam sejarah dengan Haditsul Ifki, merupakan bencana besar yang pernah menimpa umat Islam secara umum dan menimpa Rasulullah, Aisyah dan keluarga secara khusus. Peristiwa ini melukiskan sikap kesempurnaan Rasulullah sebagai insan sejati dalam menghadapi ujian dan cubaan yang seringkali boleh menjerumuskan seseorang dalam penghinaan dan penyesalan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...