23 February 2012

Pesta Teladas Tarikan Ramai

 
MARAN - Pesta Teladas kali terakhir dianjurkan lebih 20 tahun lalu perlu diraikan semula dalam usaha mempertingkatkan promosi Hutan Lipur Teladas sebagai salah satu pusat pelancongan rekreasi di negeri ini.

Seorang pekerja swasta, Khairul Anuar Mohamed, 47, berkata, Pesta Teladas yang sinonim dengan Air Terjun Teladas di hutan lipur itu dahulunya menjadi daya tarikan pengunjung.

Menurutnya, acara itu perlu dikembalikan sekali gus dijadikan acara tahunan daerah agar ia tidak sepi sehingga menjejaskan kehadiran pengunjung ke pusat rekreasi berkenaan.

“Saya yakin, rata-rata penduduk di sini mahu Pesta Teladas dihidupkan semula.

“Maka, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan belia dan parti politik perlu sama-sama berganding bahu merealisasikan hasrat ini.

“Sememangnya ia memerlukan kos besar, namun jika dulu boleh dianjurkan generasi terdahulu, mengapa anak muda sekarang tidak mahu meneruskan usaha membangunkan pelancongan di tempat sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang pengunjung, Awang Ibrahim, 43, berkata, keindahan Air Terjun Teladas perlu dipelihara dan dinaiktaraf bagi memanfaatkan kedudukannya yang strategi berdekatan Lebuh Raya Pantai Timur.

Menurutnya, kelebihan itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan nilai dan potensi lokasi yang boleh diketengahkan.

“Kebersihan kawasan ini perlu dijaga kerana sampah sarap dibiarkan berlonggokkan.

“Sudah terlalu lama dibiarkan dan akhirnya tidak ramai pengunjung termasuk penduduk di sini berminat menikmati keindahan hutan simpan ini,” katanya.

p/s:  banyak penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dengan adanya cadangan/pandangan/komen di  FB page Maranvoice.

2 comments:

  1. orang kata tempat tu dah semak dan tak berjaga,sy tak penah pegi lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...