20 February 2012

Pertandingan Fotografi ~ Panorama Menarik di Daerah Maran


20 Februari 2012 - 04 Mac 2012 (Sesi penghantaran foto)
05 Mac 2012 - 18 Mac 2012 (Sesi penjurian dan pengundian)

Hadiah:
- Foto terbaik (penjurian) - 1 set Samsung Galaxy Y
- Foto popular (pengundian) - 1 set Samsung Corby II
Terima kasih En Mohd Nizam Sharit, Balora Communication, Bandar Jengka

Cara pertandingan:
Rakam Foto > E-mel ke maranfoto2012@gmail.com > Penganjur upload di Page MaranVoice > Penjurian & Rakan FB like foto popular > Pemenang.

Semua foto yang menyertai pertandingan ini akan di muat naik (upload) secara serentak di Page MaranVoice pada 05 Mac 2012.

Terdapat 2 kategori:

- Foto terbaik (penjurian)
Di adili oleh juri profesional dilantik oleh penganjur.
- Foto popular (pengundian)
Foto yang menerima like paling banyak.

Syarat-syarat pertandingan:


1. Penyertaan terbuka kepada semua warga Daerah Maran, Pahang.
- Penduduk / Generasi Daerah Maran
- Bertugas di Daerah Maran
- Berasal dari Maran dan sedang bertugas / belajar di luar Maran.
* Daerah Maran bermaksud kawasan dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Maran, Pahang

2. Setiap foto yang dihantar untuk pertandingan ini adalah menjadi hakmilik penganjur dan penaja. Penganjur bersama penaja boleh menggunakan foto yang dihantar bagi apa tujuan sekalipun.

3. Setiap penyertaan adalah secara on-line sahaja. Setiap penyertaan perlu diemelkan ke pihak penganjur. Setiap individu boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. Setiap individu juga hanya boleh memenangi 1 hadiah sahaja juga dari mana-mana kategori. Penganjur berhak menentukan pemenang lain jika individu tersebut berjaya membolot hadiah kedua-dua kategori.

4. Foto boleh di rakam menggunakan apa jua peralatan elektronik yang ada pada masa kini. Rakaman foto adalah meliputi panorama menarik dalam daerah Maran dalam tahun 2012.

5. Foto yang dihantar mesti foto asal (foto asli) tanpa unsur-unsur suntingan (edit) termasuk tidak boleh diletakkan watermark. Penganjur akan menyemak foto melalui data EXIF. Foto yang tidak menepati syarat ini akan ditolak kerana dibimbangi ada penyertaan menggunakan foto pihak lain (melibatkan hakcipta). Penganjur juga akan menolak foto yang mengandungi unsur tidak sesuai dengan pertandingan ini.

6. Tiada had saiz foto. Namun pihak penganjur menggalakkan foto yang diambil menggunakan kaedah foto mendatar (landscape orientation).

7. Setiap foto yang telah di rakam, sila lampirkan secara e-mel ke maranfoto2012@gmail.com sebelum jam 12.00 tengah hari, 04 Mac 2012. Setiap e-mel juga perlu mengandungi nama penuh, no kad pengenalan, no telefon bimbit, alamat sekarang dan nama FB. Bagi peserta berusia bawah 18 tahun, sila nyatakan juga nama ibu bapa dan nombor telefon mereka. Jangan lupa sertakan juga sedikit maklumat berkaitan foto yang dirakam seperti lokasi, tarikh dan apa yang menarik tentang foto tersebut.

8. Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat. Penganjur juga berhak mengubah syarat pertandingan jika perlu. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

9. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas.


Berminat, klik SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...