22 February 2012

Kuih Talam Ubi



Bahan-bahan:

Lapisan bawah :

1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Lapisan atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama ½ jam.

Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

P/S: sedapnya kuih ni...mak selalu buat sebab kat kampung mak tanam ubi..

2 comments:

  1. Dah cuba jadi dan sedap tapi banyak sangat. Tamak bikin sekilo at last tk abis....buang.

    ReplyDelete
  2. Dah cuba jadi dan sedap tapi banyak sangat. Tamak bikin sekilo at last tk abis....buang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...