20 February 2012

Bosan Datang Lagi

Assalamualaikum...w.b.t. dan salam pagi Isnin yang dirahmati,

Weekend yang membosankan. Duduk rumah je. Tak pergi mana-mana pun.
Hanya melayan facebook dan menonton televisyen aje. Duit dah kopak. Tak boleh nak kemana-mana.

Tak sabar nak tunggu gaji iaitu hari Khamis ni. Lepas tu nak ke Jualan Buku Islam di Perbadan Putrajaya. Dan nak ke Karnival Wow. 

Hari ni bawa bekal nasi putih letak kicap sikit dan berlaukkan ayam masak pedas.. Yum..yum.
Anak yang sulung pun bawa bekal yang sama. 

Esok tak tau lagi. Kalau sempat masak, boleh la bawa.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...