30 November 2011

Pemandangan Dari Balkoni


Masa: Tengah hari
Apa yang korang nampak?
Itu adalah apartment Fasa 12..
Aku snap dari balkoni rumah aku...

Sekiah, terima kasih.

Malam Pernikahan Lynn & Azizul


Tarikh: 26 November 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00 Malam
Tempat: TSC Maran, Pahang Darul Makmur.

Lynn 'n' Azizul Wedding - Part 4


Tamat sampai disini gambar perkahwinan Kak Lynn da pasangan hidupnya Azizul.

28 November 2011

24 November 2011

Follow #TripKoreaSimplySiti

Takde keje ke nak follow2 ni.

Saje mengikuti perkembangan Datuk Siti Nurhaliza di Korea. Abg. Budiey akan update status twitter nya dari masa ke semasa. Dan upload gambar Datuk Siti Nurhaliza setiap masa.
Sangat comelkan!!! Bagus la Abg.Budiey, cepat dan pantas upload gambar dan status twitternya..Sebelum ni Abg.Budiey dah pergi Korea bersama dengan Scha dan Awal untuk rancangan Travelogue..(betul ke aku eja ni)

Kata Abg.Budiey, Datuk Siti akan mengeluarkan perfume untuk produk SimplySiti. Tungguuuuu..

Tabur Minyak Di Jalanraya

Seriously,

Memang aku bimbang nak balik kampung. Why? Bukan pasal banjir tapi pasal ada orang tabur minyak kat jalan raya otw nak balik kampung aku ni.
Dah banyak kenderaan yang jadi mangsa. Kenderaan berpusing-pusing ditengah jalan.

Orang laki suka pandu kereta laju. Tu laki aku le, suka bawa laju. Lagi-lagi ada kereta dok cucuk-cucuk balik kereta aku tak pun kereta tu main lintas-lintas. Laki memang camtu ke?
Eh, memalut dah topik ke laki pulok..

Yang kat atas tu screenshot dari fb..memang diorang saje je tabur minyak tu. Gilo kan diorang ni. Tak pasal-pasal boleh cabut nyawa orang. 

Ia berlaku dari highway karak ke gombak dan gombak ke karak..So, pandu perlahan la ye memandangkan sekarang musim hujan. Lagi bahaya.
"Dunia akhir zaman....Macam-macam hal pelik nak dilakukan..Dah takde keje lain ke boleh buat.."

Musim Banjir Datang Lagi

Terbaca status di facebook mengatakan kat kampung aku hujan lebat tak henti-henti. Air sungai dah besar. Bersiap sedia aje la menghadapi banjir seperti tahun-tahun lepas. 

Rumah mak aku selalu naik banjir. Sian mak, abah, adik, kakak kena angkut barang dari dapur dan ruang tamu bawa naik atas rumah. Sebab atas rumah selalunya tak kena banjir.

Yang kena kawasan rendah je. Ahad ni ada orang kahwin, harap-harap tak banjir la. Sian pulak raduk air pakai baju pengantin.

p/s: kalau dah Terengganu, Kelantan banjir, Pahang pun kena tempiasnya jugak..Pantai Timur la katakan..

Taska Ditutup

Malam tadi dapat sms dari penyelia taska bagitau yang taska ditutup bermula 23hb hingga 28hb November 2011. Nasib baik aku dapat surat doktor, kalau tak mau aku cuti lagi..

Cuti dah ciput. GCR tak pernah simpan lagi. Tunggu anak besar la kot baru boleh simpan. Mana yang bujang tu, baik la simpan awal-awal sebelum kahwin. Dan kahwin, ada anak nanti gerenti tiada baki bawa ke tahun hadapan..Caye la..

p/s: mak-mak budak terpaksa la bawa anak gi keje memandangkan taksa tak beroperasi. Yang mana ada cuti banyak tu, ambil je la cuti.

Gambar Datuk Siti Nurhaliza di Korea





Banyak lagi gambar menarik Datuk Siti Nurhaliza, jom terjah blog Budiey

23 November 2011

Giada At Home

 
Giada De Laurentiis has an impressive background of culinary training and a unique, personable charm. She continues to prove her skill and accessibility not only with her expanding presence beyond Food Network but also with the great success of her cookbooks, brand alliances, newly launched food products and recurring role on morning news programmes.
 
Born in Rome, Giada grew up in a large Italian family where the culture of food was a staple in and of itself. As the granddaughter of film producer Dino De Laurentiis, Giada consistently found herself in the kitchen and spent a great deal of time at the restaurant of her grandfather. After graduating from university, her passion for cooking remained. She eventually made the decision to commence professional training at Le Cordon Bleu in Paris. 
 
She subsequently returned to Los Angeles, where her training included positions at the prestigious Ritz Carlton Fine Dining Room and Spago in Beverly Hills. She later founded GDL Foods, a catering company in Los Angeles.
 
p/s: suka tengak rancangan masak-masak tapi buat masa ni tak pernah lagi mencuba. Nampak macam senang sangat...Jom tengok Giada di Channel 706..Foodnetworkasia. 
 

PC Karaoke


Melepaskan gian setelah sekian lama meninggalkan hobi kegemaran ku ini.. Melalok jap..Tak jauh pun, free je. Aku berkaraoke kat rumah je dengan menggunakan mikrofon dan PC. Hua..hua..hua..

Korang ado..Aku ado
Nak ke RedBox atau mana-mana karaoke sangat malas. Lagipun kena buang duit melayan suara yang tak sedap didengar orang..Tapi tuhan dah menjadikan suara ku begini..Terima dengan seikhlas hati..Tak baik mengubah ciptaan-Nya..

Sempat pulak aku berceramah..balik ke topik asal...okey
Puas mencari VCD yang kulempar entah kemana. Cari punya cari, taraaaaaaa jumpa pun, tapi tak banyak pun VCD karaoke. Yang lain aku jumpa CD Filem, wat ape kan..Cam ne nak karaoke..huhuhuhu..

Nyanyi macam dalam selimut je..Al maklum la..rumah jiran dekat-dekat..Malu lak diorang dengar..Cam sedap kannn!!! Layan kan aje..
Bila tang key tinggi...aku senyap je la...takkan nak feeling2 menjerit macam kat atas pentas pulak kan..Gilo ape!!!

Okey la....selamat berkaraoke ye deyna83...hahahhaha...

Sakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFM)


 Dapat surat kuarantin dari klinik kesihatan. Baby Aqil tak boleh ke taska. Tapi rasanya taska tu kena tutup kot sebab dah 5 orang yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFM) ni.


 Petang semalam lepas balik keje, aku gi klinik bawa baby Aqil. Baby Aqil disahkan sakit HFM. Aku terserempak dengan 2 orang mak budak yang hantar anak ke taska yang sama di klinik semalam. Semua sakit HFM.

Ni krim Calamine untuk sakit HFM
 Tak lama kemudian, dapat sms dari penyelia taska, dia tanya betul ke baby Aqil kena sakit HFM. Aku pun call balik dia, bagitau betul la baby Aqil kena HFM.

So, aku terpaksa la duduk rumah jaga baby Aqil...Tak tau la sampai bila....Sampai baby Aqil sembuh lah kan..Sabtu ni balik kampung...sampai 4hb Disember...

22 November 2011

Nasi Lemak Sg. Ramal


Sedap nasi lemak ni. Sambal tu yang penting..Aku beli kat petronas P9..

Tibanya Wira Negara





Tahniah HM kerana mengharumkan nama negara kita Malaysia.. 
Akhirnya dapat juga emas..

Keputusan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke37 Tahun 2011


Keputusan PSKK Ke-37..

Tahniah buat yang menang..Yang kalah, jangan putus asa. Cuba lagi untuk tahun depan..
Go go diego..Opsss!!

MOF mengumpul sebanyak 43 mata. Nape la MOF tak hantar wakil untuk Tenis yekk..Takde wakil ke? Tak de orang yang pandai main tenis ke?

Kan dah rugi, sebab tak dapat mata..

MOF sangat berharap pada pasukan tarik tali untuk menjadi johan..Dan johan dapat juga dimiliki olehnya...

p/s: first time husband aku jadi jurulatih tarik tali untuk SPRM...dan akhirnya johan menjadi milik SPRM dalam sukan tarik tali..Confirm kot tahun depan jurulatih yang sama...Ada harapan kot..

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut Kembali Menular

*** Di Taska MOF dah ada yang kena penyakit ni..Belum dikuarantinkan lagi..Sekarang aku tengah risau sebab baby Aqil ada biji-biji air ditangan dan dikaki. Tapi dimulut takde...Balik keje nanti nak bawa dia pergi klinik..Takut terkena penyakit ni je..

Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.

Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.

Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.

Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.

Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak, pemilik taman asuhan perlu :-
  • Kanak-kanak tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
  • Basuh dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
  • Pastikan tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama

Kempen SimplySiti Di Hati


Kempen SimplySiti Di Hati yang akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012 ini dibawakan bersama oleh rakan niaga Watson’s sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban.

Kempen ini akan mengumpul dana untuk disalurkan melalui Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membantu 2 orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong. Kedua kanak-kanak ini memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 bagi rawatan perubatan di IJN.

Pengguna SimplySiti boleh membantu dengan membuat pembelian RM100 ke atas di mana sebanyak RM5 akan disalurkan ke dalam Kempen SimpySiti Di Hati, pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan butiran peribadi disertakan dengan Slogan “SimplySiti di Hatiku kerana…”

Borang hendaklah dikepilkan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak tabung SimplySiti Di Hati yang disediakan di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson’s.

Untuk keterangan lanjut, sila ke blog Budiey.Com


p/s: Sama-sama la kita membantu kepada mereka yang memerlukan...

**Sape-sape yang bertuah tu, dapat la bersama dengan Datuk Siti ke Kilang Simplysiti di Korea..

Siti Nurhaliza Bawa Media Melawat Kilang Simplysiti di Korea



Trip ini bermula pada hari ini iaitu dari 22 hingga 25 November 2011. Datuk Siti Nurhaliza turut ditemani oleh iaitu Kak Rozi bersama dengan seorang pegawai perhubungan media SimplySiti.

Rombongan media bersama Datuk Siti Nurhaliza ke Korea ini juga mendapat kerjasama yang padu dari syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X.

Yang bestnya, seorang blogger yang bertuah ni turut bersama-sama Datuk Siti ke Korea. Wow!!!Tahniah Abg.Budiey.
Abg.Budiey akan update twitternya sepanjang berada di Korea. 

Untuk Keterangan lanjut, jom kita terjah blog Budiey.com.


 p/s: Semoga semuanya selamat...

21 November 2011

Majlis Graduasi Prasekolah SKPP 9(2) 2011









Tarikh: 14 November 2011 (Isnin)
Masa: 8.30 Pagi
Tempat: Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...