31 March 2011

Reen's Diary Giveaway Lahh!..

Tiba-tiba nak try join GA ni. Tengok kat blog kawan tadi, dia memang suka join GA. So, aku nak cuba nasib la kat owner blog ni.

Aku nak tag member aku ni yang terdiri daripada Liya, Ida dan Zirah.

Sweet Memories

Buku ni dah lama dalam simpanan aku. Sejak sekolah lagi aku simpan. Banyak kenangan dalam buku tu. Tandatangan artis, ucapan dari kawan2 dan macam-macam lagi la. Tiap-tiap hari aku bawa buku ni gi sekolah. Memang wajib ada dalam beg aku.

Sape tau ni ape? Ni name card. Ala..dulu-dulu memang femes la benda ni. Sume orang mesti ada name card ni. Pastu bagi kawan2 kat dalam kelas dan adik,abang angkat bagai. Macam-macam gambar boleh pilih untuk name card kita tu. Gambar kartun, selebriti dan macam-macam lagi la. Kat name card tu jugak boleh letak ucapan, nama, dan alamat. Alamat tu aku hitamkan, bahaya tau?

Ni la antara ucapan2 dari kawan-kawan sekolah aku.



p/s: selagi nyawa ku masih ada...
selagi itu lah ingatanku pada korang sume takkan lupus...
Aku rindu masa lalu kita bersama. Ingatan itu tak pernah padam dalam memori aku. Semoga suatu hari nanti kita akan dipertemukan lagi. Insyaallah..Luv U Alls

29 March 2011

Meet The F1 Driver?


Sempena Formula One Grand Prix 2011 akan berlangsungnya Putrajaya Grand Prix Demo 2011 di hadapan Istana Kehakiman pada Sabtu, 2 April 2011 dari pukul 12 tgh hari hingga 5.30 petang.

Team Lotus Live Demo:

Jarno Trulli (JT)
Heollo Kovalainen (HK)
Alexander Rossi (AR)

Lain-lain xtvt:

Air Asia A320 Flyby (TBC)
Drift Demo
Malaysian Super Series Demo

MagicFinger








Sape pandai buat magic? Aku la!!!Eh..tak la. Mana pandai aku buat magic tapi orang kat atas tu pandai. Yang sorang tu mesti korang kenal kan. Sape lagi kalau si Shahril (Fuyoo Magic) tu la.

Yang sorang lagi tu bespren dia si MagicFinger Ali. Sebab apa aku buat entri ni? Sebab aku kenal si Ali ni. Dia satu kampung dengan aku. Tak sangka orang kampung aku pandai buat magic. Caya la bro. Tapi aku tak pernah lagi la tengok dia buat magic depan mata aku ni. Bila nak buat show kat kampung sendiri? hehehe..

Aku ambik gambar ni dari fb MagicFinger Ali untuk dikongsikan bersama pengunjung blog aku ni. Jangan marah ye En.Ali. Nanti kena jual.

28 March 2011

Ke Mana Menghilang?

Yan (budak Jengka), ko gi mana ha? Dah lama tak jumpa ko. Ko ingat kat aku lagi tak? Aku ingat lagi kat ko. Ko ape citer? Dah kawin ke? Tinggal kat mana sekarang ni? Rindu kat ko.

Yati (budak Jengka jugak), ko rindu kat aku tak? Apa citer sekarang ni? Dah lama ko tak datang cedung kan. Yelah kakak ko tak duduk kat situ dah kan. Sebab tu dah tak jumpa ko. Ko pekabo, sihat ke?

p/s: Bila la dapat jumpa korang berdua lagi kan..Misss U muahhhh!!!

Hukum Poco-Poco

Masa Kecik

Ni aku la. Sama tak? Time selongkar dalam bilik tadi jumpa la satu album lama. Macam-macam gambar ada.

Ni masa aku sekolah tadika. Tadika kat rumah je. Nama tadika ni ialah Tadika Taman Sri Cedung. Tapi aku tak habis pun menamatkan sekolah tadi ni. Sebab aku manja sangat. Asyik nangis je kat tadika.

Nampak tak aku yang mana satu? Yang si baju kurung biru tu le. Sebelah tu mak aku.

Badge Baru


27 March 2011

Selamat Tinggal..


Today is last day. Buat fafau dan wahid merupakan hari terahir mereka dalam mengacarakan Melodi. Ala aku pun sedey jugak. Korang berdua best. Otak giler-giler.


Tapi dalam sedey si fafau dan wahid ni, ada yang menggembirakan mereke berdua ni kerana dapat ke luar negara tajaan AirAsia. Wow..seronok jadi mereka ni.

Fafau dapat terbang pergi balik ke Paris dan Wahid pula terbang ke Gold Cost. Mantop!!! Bila AirAsia nak taja aku ni? Fofular ke aku? zasssssss..layannn

Welcome to Dira dan Zizan sebagai pengacara baru Melodi. Be the best!! Ahakss..

Minggu Pembantu Tadbir??

Minggu Setiausaha Siti Nurhaliza; Secretaries Week 2011: Nostalgia Datuk Siti Nurhaliza di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2011.

Show yang turut menampilkan Dee selaku pengacara itu akan diadakan pada 5 April 2011 di Matrade Exhibition & Convention centre (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur.

p/s: kenapa takde hari untuk pembantu tadbir (kerani). Nape, tak sedap ye bunyi nya. Tapi tak semestinya yang hadir kat minggu setiausaha tu hanya setiausaha saje kan. Confirm, yang lain pun hadir jugak kalau dah minat kat artis tu. Betul tak?

26 March 2011

Konsert Hore-Hore Aznil


Konsert Hore Hore yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa berjaya menghiburkan lebih lapan ribu pengunjung yang hadir.

Pada acara tersebut Aznil berjaya menyampaikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu-lagu popular Allahyarham Sudirman seperti Hujan, Apa Khabar Orang Kampung, Pulang Dari Kilang, Dari Kerana Mata, Aku Penganggur dan Salam Terakhir.

Selain itu, segmen bersama penonton sangat menghiburkan apabila gelagat Aznil bersama beberapa penonton yang dijemput naik ke pentas mendapat perhatian penonton yang hadir.

Konsert berdurasi dua jam itu juga menampilkan beberapa artis undangan seperti Saiful Apek, Zahid Af2, Ana Raffali, Altimet, Adik Haziq dan Lan The Typewriter.

p/s: malam ni nak layan koonsert hore-hore paknil kat Astro. Mesti best giler kan kawan-kawan.

25 March 2011

I'm Worry...

Pagi tadi punya citer. Baby Aqil nangis nak susu tapi mama dia ni dah tak tahan nak gi toilet jap. Ku tinggalkan baby atas tilam. Takde la nangis teruk sangat pun. Kalau nangis teruk, takdenya aku tinggal dia.

Tiba-tiba aku dengar baby senyap. Masa tu aku kat dalam toilet lagi. Pelik bin ajaib aku. Terlintas di fikiranku, ke si Afiq buat sesuatu dengan baby.

Aku terus je keluar dari toilet. Haaa..aku dah syak dah..Korang tau si Afiq buat ape. Dia bagi susu kat baby. Cepat-cepat aku gi kat baby. Aku takut tersedak je. Mana tak nya..Aku fobia la, banyak citer bayi mati tersedak susu. Takut aku. Pas tu yang menakutkan aku, si Afiq ni cuba nak angkat baby..Ishk..Ishkk!! Berderau darah aku.

Marimar

Tak pasal aje aku layan citer ni walaupun episodnya dah tengah-tengah dah pun. Aku tak tengok dari awal episod. Camne nak tengok, waktu siarannya pukul 3 petang. Aku kan keje. Balik pukul 5 petang, bila masa nak tengok kan.

Sejak cuti bersalin ni je ha dapat tengok. Best jugak citer ni. Selama ni tengok iklan je. Macam citer rosalinda ay amor la. Feeling2 gitu.

Lagipun hero dan heroin nya best. Si hero hensem dan heroin nya cun melecun. Ni la sebab utama aku tengok citer ni. Fokus pada hero dan heroin tu yang penting. Baru boleh layan jalan citer.

Masa: 3 Petang (TV3)
Hari: Isnin - Khamis

Perbezaan Yang Ketara


Memang betul..sangat-sangat berbeza. Kita perlu bijak memilih kedai yang jauh lebih murah. Itu hak kita. Kita sebagai pengguna perlu menilai harga.

Memandangkan semalam gaji dah masuk, aku suruh husband aku gi beli barang-barang keperluan dapur dan baby. Sebelum ke carrefour, aku suruh dia survey harga kat 99 Speedmart dulu. Ternyata harga di 99 Speedmart ni jauh lebih murah dan berdekatan dengan rumah je. So, lepas ni takyah dah nak gi beli barang jauh-jauh. Jalan kaki je. Berapa minit je. Wow..betul-betul saving ni.

Harga pampers Drypers kat carrefour ni RM27++ berbeza betul dengan 99 Speedmart yang berharga RM23.65 je. Haa..jauhkan beza harga ni. Kalau di lihat tag harga kat Manjaku Baby Centre ni, kira mahal jugak la RM26.90.

So, lepas ni beli barang kat 99 Speedmart je la ye kengkawan semua yang suka berjimat- cermat. Sape yang kaya, terpulang la.

Perut Punya Pasal - 3P


Haa..tengok ni ada tiga losyen untuk perut aku. Sumua nya berunsurkan halia. Panas woo kalau letak lebih. Macam terbakar kulit ni ha. Losyen Pati Halia Kampung ni aku beli kat Anjung. Aku beli sebelum bersalin lagi. Yo la takut tak sempat kan.

Body Shaping Cream ni lak, husband aku beli kat Warta Bangi dan satu lagi tu Yusmira Losyen Mujarab ni mak aku yang beli untuk aku. Ermm..banyak nya losyen halia. Cepat la kempis perut aku ni. Aku suggest kat husband aku pakai jugak, ni la yang dia jawab "nanti la..tunggu la.." Perut tu dah macam berapa bulan je.hehehehe. Orang laki ni susah skit la.

Akar di Bumi...

Saje wat suspen sikit kat tajuk entri ni. Kasi gegar sikit. Ni akar kayu la.

Banyak nya la mak aku bawa akar kayu ni. Dua plastik tu. Satu plastik tak habis lagi. Banyak ooo..hari-hari dok minum air ni je. Hari-hari minum cam dah jemu je rasanya. Tapi kena minum jugak untuk menjaga kesihatan. Nasib baik mak datang hari tu, kalau tak, takde la air akar kayu untuk aku . Tak tau nak cari kat mana sebenarnya.Kat kampung senang je. Ramai orang jual.


p/s: Apa lagi...jom minum dulu

24 March 2011

Malam Transformasi Bersama Rakyat

TIKET PERCUMA AKAN DIEDARKAN BERMULA SEAWAL 04:30 PETANG DI PINTU MASUK STADIUM. DAN IANYA TERHAD. ~ FIRST COME FIRST SERVED BASIS ~




Iron Lady lagi...

Wah!!!! best nya kalau dapat attend seminar ni. 2 ikon bergabung kepakaran dalam seminar Jihad Ekonomi & Keusahawanan. Kena bayar berapa la agaknya ek nak join seminar ni. Ketepikan...aku tak habis pantang lagi time tu..huhuhu..Kalau kengkawan semua nak join, call je no.fon di atas tu. Jangan segan silu untuk mendapat ilmu kelak anda yang rugi. Woo..ayat tak ingat siut.

Kenangan Silam


Ce citer... ce citer!! Apa kebendanya kenangan silam tu. Seram..takut...fobia.. semua ada dalam kepala ni. Pengalaman yang tak bisa aku lupakan sewaktu aku keje kat pasaraya di kuantan.

Hostel tu berhadapan je denga tempat keje aku. Biasa balik sorang-sorang aku tak kisah. Lepas kejadian tu, tak berani dah balik sorang-sorang. Kang kena culik baru tau. Ni bukan kes culik, saje-saje gtau.

Suatu malam (x ingat dah bila), aku dan kawan aku (zara) balik dari minum kat Restoran Alif (kedai mamak yang glamer kat tepi Berjaya Megamall tu). Tak ingat lak pukul berapa masa tu. Takde la tengah malam sangat pun. Biasa la gi ngeteh ngan member2.

Aku dan zara siap je minum terus nak balik hostel. Dengan rancak berborak, tiba-tiba ada sorang mamat duk menyorok kat lorong itu. Dia wat ape, tau tak? Mamat ni nak ragut kami. Masa tu aku terpandang kat lorong tu, nampak cam ada orang. Mamat tu terus je kejar aku ngan zara. Apa lagi keluar la suara tarzan. Aku lari lintang pukang dah masa tu. Tak ingat dah zara ada dengan aku. Aku tinggal je dia. Mau tak nya, mamat tu kejar kami dengan pisau dan topeng beb. Aku taknak mati lagi.

Lari punya lari, kat depan tu pulak ada seekor anjing. Bertambah takut lak aku ni. Takut kat mamat ye jugak, anjing ni pun wat nya kejar aku..mati la aku. Dengan selambanya aku lari la jugak. Kang kena kerat lapan belas kang, sape nak jawab. Tapi cian kat zara, masa dia lari dengan seberapa pantas, tiba-tiba dia jadi superwomen..Dia jatuh kat longkang kecik beb!! Cian kat dia. Nasib baik mamat tu tak buat apa-apa kat dia. Mamat tu dengar kitaorang menjerit kuat, mamat tu apa lagi...Lari la. Geng-geng kami kan ramai kat hostel tu..Laki ada, pompuan pun ada.

Rupa-rupanya mama ni bukan datang sorang je, ada member dia tunggu kat motor. Ishk..ishk... Nasib baik member keje aku ada kat belakang. Dia nampak la mamat tu lari menuju kat motor.

Tercungap-cungap aku lari naik hostel. Tambah lagi satu kejutan pulak tu. Masa nak naik tangga hostel tu, terkejut gile aku ingatkan mamat tu kat tangga hostel, rupa-rupanya member hostel aku duk lepak kat tangga. Apa lagi aku pun menjerit la. Member aku pun tanya la kat aku nape aku lari. Sume member laki pompuan turun hostel masa tu. Sebab dengar kami menjerit. Aku citer la, aku dan zara kena kejar dengan mamat ni.

Pastu member aku tanya, mana zara nya? Haah la..zara ada kat belakang tadi. Tak lama tu zara pun muncul. Siap marah lagi kat aku, sebab aku tinggal dia. Dia bagitau yang dia jatuh. Dengan semputnya nafas di dada, aku cuba jugak la citer slow2 kat member aku. Pastu dia dah tak bagi kami jalan ber2 da. Memang aku dah surrender dah..Takut dah..Fobia pun ada.

Keesokan hari, balik keje malam mesti ada teman. Menggigil dah aku. Nak demam pun ada masa tu. Tiba-tiba kekecohan berlaku di tempat keje aku. Maklum la pasaraya besor, orang ni duk citer, orang tu duk citer pasal aku dan zara kena kejar dengan peragut. Tup tup bos besar dapat gak berita ni. Terus je aku dan member2 tak boleh keluar malam dah..hahahahaha.

p/s:Nasib baik sehingga ke hari ni, nyawa ku masih ada. Mana kawan2 keje aku tu, rindu la kat kamu sume.

23 March 2011

Ladies Special


p/s: banyak event yang aku tak dapat join. Ha..apa lagi kengkawan semua..Ada masa, korang leh la join event ni.

Interview

Selamat pagi rabu wat semua kawan-kawan di mana anda berada dan moga di dalam keadaan sihat hendaknya. Pekabo kawan-kawan ofisku, ada news tak? Kata nak re-oc..Dah ke belum?

Tanggal 30 Mac 2011, husband aku ada temuduga. Nak tau tau temuduga ape? Temuduga tanah untuk anak jati Pahang. So, aku dengan bangga dan happy nya dapat la balik kampung jumpa mak, abah, kakak dan adik-adik ku serta belah mertua sekali. Tapi kami balik sehari je. Pagi bertolak ke kampung n then petang balik Putrajaya semula. Itu lah cadangan husband aku. Aku malas nak cakap panjang lebar, ikut je la kata hati dia. Janji aku dapat ikut balik sama.

Dan aku berharap, semoga husband aku berjaya la dalam temuduga itu nanti. Al-Maklum lah suami isteri anak jati Pahang kan!!! Itu semua berserah kepada ketentuan IIlahi. Kalau dapat, Alhamdulillah la. Kalau gagal, cuba lagi. Insyaallah.

p/s: balik kampung ni, dapat la atuk dia jumpa cucu baru. Sebab atuk dia tak ketemu lagi dengan cucu baru nya itu.

Tsunami di Jepun Bukti Kiamat Semakin Hampir

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela

2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.

3. Bermaharajalela alat muzik.

4.Menghias masjid dan membanggakannya.

5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.

8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

12. Orang akan melakukan homoseksual.

13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

kredit by: Jeming Hasan

21 March 2011

Naik Mendadak


Hari ni baby Aqil dah masuk hari ke-22. Tadi misi datang nak timbang berat baby. Uish!! terkejut gak aku, naik mendadak. Dari 3.1kg minggu lepas dah naik 3.7kg hari ni. Dahsyatnya baby. Mana tak nya baby boy memang kuat menyusu. Kena gak campur susu formula.

Lahir hari tu 3.2kg, tetiba masa nurse datang hari tu gtau berat baby 3.1kg. Eh..turun lak. Ke masa lahir tu misi salah timbang??? Belasah je la. Janji baby Aqil sihat walafiat. 1 April nanti kena check up kat klinik pulak. Aiseh men. Nasib baik hari jumaat. Misi cakap untuk baby baru lahir dia bagi hari jumaat. Sebab hari tu tak ramai orang.

So, bermulalah rutin ke klinik pulak lepas ni. hua..hua..hua

20 March 2011

Video Klip Nista

Nista

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
Perlahanku curahkan
Tapi kau tidak memperdulikan
Tiada nista

Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik nista
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti

Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

p/s: saya sangat suka lagu ni. Dan kadang-kadang saya menantikan sesuatu yang dah pasti tiada lagi. Saya tunggu album baru dan album duet dia, tapi mimpi je la. Sebab dia dah pergi wat selama-lamanya. Kalau nak dengar lagu dia, hanya boleh dengar lagu lama-lama dia je. Memang aku ni fans giler-giler kat dia. Mana show dia wat kat Pahang, aku mesti gi sebab masa aku tak keje kat sini lagi, aku duk lepak kat rumah je masa tu.

Al-Fatihah... wat dia

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...

Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...

Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...

Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...

Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...

Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...

Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...

Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...

Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...

Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...

Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...

Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...

Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...

Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...

Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...

Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

kredit by: I Luv Islam

Nak Join La!!!


Kreatif sangat ke? Banyak sangat ke ideanya? Wah!! Try dulu baru tau. Betul tak? Mana la tau kot-kot ada bakat terpendam ke. Kasi can dulu ek.

19 March 2011

Aku @ Hot Air Balloon Putrajaya 2011













p/s: layan je la gambar ni yea.. malas nak tulis satu persatu. Aku gi sini kejap je. Keluar pukul 7 pagi. Banyak lagi parking masa tu. 5 minit kemudian terus je full. Nasib baik datang awal. Aku cuma duduk dlam kereta je. Kejap-kejap je keluar kereta untuk photoshot.

18 March 2011

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Entah Mengapa
Ku Rasa Tak Menentu
Semenjak aku
Mengenali Dirimu Sayang

Terbayang-bayang
Wajahmu Di Mataku
Hingga Tersentuh Rasa Indah Di Kalbu
Apakah Ertinya

(*)
Aku tak tahu mengapa aku rindu
Inginku curah tetapi rasa malu
Cubalah engkau mengerti isi hatiku
Di dalam diam aku menyintaimu

Ku harap kau faham perasaanku
Yang kini dilamun rindu padamu
Sungguhnya aku telah jatuh cinta

Oh, indahnya bila bersamamu
Moga kau dapat terima
Cintaku dengan ikhlasnya
Janganlah engkau sia-siakan
Harapan dan impianku..

p/s: lagu kenangan aku dan sidia..wah lagu jiwang tu. Bese la cinta monyet..Eh ye ke..Tak la..kawan2 je masa tu..Mana ada cintan2. Tak pandai lagi masa tu nak bercintan cintun. Sekolah lagi dik oi..Kat sekolah malu-malu kucing. Tegur gitu-gitu je.Senyum2 je. OOO..kalau malam bukan main dia dan kawan dia call tepon rumah aku. Tapi aku anggap dia kawan je. Tak lebih pun. Sebab pe, rasa cam tak sesuai la aku ngan dia. Dia budak cerdik pastu handsome lak tu. Aku kelas ape je. Tak sesuai tak sesuai.

Bila dengar lagu kumpulan Sting ni teringat kat dia. Tapi sekarang dah lost contact. Dah kawin ke belum, tak tau la.

Minat Tak?


Permintaan dari semua Fans Mom & Baby Expo 6-8 Mei 2011, kami bersetuju buat satu pertandingan lagi ialah “Mother Of The Year 2011” kepada ibu umur 35 kebawah dan berada anak 4 tahun kebawah.

Hadiah Pertama – *Anda berpeluang menjadi PENGHIAS KULIT MAJALAH dan Wang Tunai bernilai RM500 dari Today Publishing (Syarikat Majalah Mami & Baby) juga satu trofi. *Allicance Cosmetics bernilai RM1,000. *12 bulan langganan percuma sebarang majalah terbitan Today Publishing.

Jangan tunggu! Jangan lepaskan perluang ini lagi!! Hantarkan gambar yang mengambil bersama dengan anak anda kepada kita sebelum 15 April 2011. Semua butir-butir peribadi Peserta hendaklah ditulis. Kamu boleh hantar melalui pos atau email: expo@todaypublishing.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...