30 January 2011

Aquaria KLCC


Sementara menunggu rombongan (kanak2 taska n family) yang lain tiba, aku sempat la snap jap gambar kat depan MOF ni


Dalam bas MOF otw ke Aquaria KLCC

Lepak kat taman KLCC, mengisi perut yang kosong sebelum jalan2 kat Aquaria KLCC


Ber'Background'kan bangunan KLCC


Wif Pn. Tini "guard MOF"(mak kepada ilal dan qayyum)

Pn. Tini yang sangat peramah orangnya. Sepanjang jalan tak berhenti bercakap. Berbeza dengan aku seorang yang pendiam.

Kanak2 taska MOF



Penat mengejar anak boy aku ni. Dialah yang paling depan sekali.
Berlari sana-sini dengan anak ida.

Tarikh: 29 Januari 2011 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi-2.30 petang

29 January 2011

GM Klang

Kalau bawa budak 2 orang ni, mesti dapat mainan punye.Sib baik harga leh less.

Tak sempat nak snap kedai lain. Disebabkan kepenatan. Ni la antara kedai2 yang ada. Tapi kalau tengok gambar ni memang tak teruja sangat. Kena walk-in sendiri baru tau.

Snap sana, sana sini. Itu dah menjadi kebiasaan diri aku. Pastu bila penat, mula la dahaga dan lapar. Pekena bihun bakso. Wah terangkat beb. Sedap sangat.

Suke..suke..suke kalau g sini. Leh dapat murah. Kalau dibandingkan harga diluar memang jauh bezanya. Sesuai untuk yang suka berniaga. Macam2 ade untuk diborong. Harga memang kaw2 punya. Memang penat kalau gi sini. Banyak sangat kedai.Lorong tu, lorong ni. Fuh!! leh patah kaki.

Sume stok updated yang belum ade lagi di pasar malam, downtown atau mana2 tempat shopping. Diorang ni pun ambik kat GM gak. Beli borong, dapat la untung berkali ganda. Aku tiada kesempatan lagi untuk memborong. Kalau beli pun, hanya sepasang dua je untuk diri sendiri bukan untuk dijual.


Tarikh: Disember 2010
Masa: 12 tengahari kot

28 January 2011

Karnival WOW Putrajaya 2011

Ruang Niaga Karnival WOW Putrajaya 2011

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan bagi Karnival WOW Putrajaya 2011, sila dapatkan borang di Kaunter Kompleks-Kompleks Kejiranan (Presint 8, Presint 11 dan Presint 16), Kaunter Lesen Perniagaan di Pusat Setempat, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Bahagian Komersial, Pengembangan Perniagaan dan Pelesenan, Tingkat 7 Blok B, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Januari 2011.

Nama Karnival : Karnival WOW Putrajaya 2011

Tarikh : 11 – 13 Februari 2011

Tempat :Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya

Borang permohonan Tapak Jualan (Barangan Am).

Borang Permohonan Tapak Jualan Makanan & Minuman.

27 January 2011

Minyak Masak


Wat suspen je tajuk tu. Tetiba tulis pasal minyak masak. Al-Kisah pagi tadi kat klinik time check up. Datang la sorang student International Medical University (IMU) duk kat sebelah aku. nak tanya beberapa soalan la katanya. Aku pun terima la kehadiran dia duk kat sebelah aku untuk menjawab beberapa pertanyaaan yang mana aku boleh jawab la.Tak banyak pun soalan student ni tanya.Ciput je!!Sebelum jawab soalan, aku kena isi nama, no.ic dan sign.

Antara soalannya ialah:
  1. Usia kandungan?
  2. Bilangan anak?
  3. Bilangan orang yang tinggal serumah?
  4. Pendapatan keluarga?
  5. Perbelanjaan makanan untuk 1 bulan? Dan soalan terakhir..
  6. Dari pagi hingga malam semalam, apakah yang aku makan?
Settle jawab semua soalan tu, student ni pun kasi la aku minyak masak cap buruh 1kg. Alhamdulillah murah rezeki aku hari ni. Itu la kisah yang dikongsikan pasal minyak masak tu. Dan satu hal lagi nak gtau kengkawan sume apabila tengok result hb aku tadi udah naik walaupun tak banyak. Janji naik kan!! Dari 9.4 ke 10.1.Berkat minum susu kambing (Hi Goat) dan ambik obimin.


Lagi pun aku beli Hi Goat ni dengan harga ahli. Jarang peniaga jual produknya dengan harga ahli betul tak??? Kalau ade pun berapa orang la sangat. Dia siap bagi name card lagi kalau nak beli barang.Call je bila2 masa..Sume produk dijual dengan harga ahli.I Like!!!Kes peniaga ni kasi name card dia kat aku coz aku tanya dia produk2 selepas bersalin seperti mandian herba dan mcm2 lagi la.

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun nak beli mandian herba selepas bersalin ni, disebabkan anak ketiga ni aku berpantang kat Putrajaya je. Sebab anak dah sekolah, malas nak ponteng2. Dulu boleh la berpantang kat kampung coz anak2 tak sekolah lagi, sume benda ada kat kampung. Nak daun tu, daun ni sume ada kat belakang rumah. Petik dan rebus. Tak payah nak beli2 da. Bila berpantang kat Putrajaya ni susah sikit la nak cari daun2 tersebut untuk wat mandi serum.So, beli je la yang dalam paket.

Terbayang gak camne la aku berpantang tanpa mak disisi. Boleh Ke? Cam tak confident je. Tapi nak wat camne mak keje, mak mertua lak sakit terlantar kat katil je. So, how? Tunggu cuti sekolah la agaknya dapat ditemani oleh mak. Antara aku balik kampung atau mak datang Putrajaya.

Boleh ke mak aku percaya kat aku bila berpantang kat Putrajaya ni!! Lagi2 time nak bertungku pagi2 buta. Mak ada kat sebelah pun aku leh tertido, inikan bertungku sorang2. Silap gaya batu tungku pun tak dipanaskan. Heheheh..Insyaallah, minta2 la aku dijauhkan dari perkara itu. Kalau tak buat, badan sape yang sakit. Badan aku jugak yang sakit kan!!Harap2 sang suami dapat membantu aku semasa aku dalam berpantang.(tak dapat la sang suami gi training tarik tali)..Padan muka. Sang suami kena wat keje rumah.

p/s: sikit je pasal citer minyak masak ni, pasal pregnant je yang lebih. So, layan je la.

Ayat Ruqyah


Dengar MP3 RUQYAH SYARIAH sehingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

  • denyutan jantung makin kencang
  • badan begegar
  • ada benda bergerak-gerak bawah kulit
  • mengantuk/menguap
  • batuk
  • gelisah
  • panas di tengkuk

Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. RUQYAH MP3 amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.

Selain itu pesakit kena juga baca banyak-banyak baca dalam hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas baca zikir itu adalah kita akan sendawa… Kira jin-jin dalam badan tu sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-

  • Fikiran runsing/jiwa gelisah/khayalan
  • Pembatal Sihir (Saka/Santau)
  • Pagar Rumah (Pengusir Jin & Syaitan)
  • Ketenangan Rumah tangga
  • Anak-anak meragam/menagis tengah malam
  • Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
  • Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
  • Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran MP3 Ruqyah

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah

Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3 kali sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya di dalam kereta, kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3 round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3 kali dan al insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian sebelah malamnya pula, mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

No Nama Surah Juzuk Ayat

  • Al-Fatihah 1 Seluruhnya
  • Al-Baqarah 1 1-5
  • Al-Baqarah 1 102
  • Al-Baqarah 2 163-164
  • Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
  • Al-Baqarah 3 285-286
  • Ali-Imran 3 18-19
  • Al-'Araf 8 54-56
  • Al-'Araf 9 117-122
  • Yunus 11 81-82
  • Toha 16 69
  • Al-Mukminun 18 115-118
  • As-Soffaat 23 1-10
  • Al-Ahqaaf 26 29-32
  • Ar-Rahman 27 33-36
  • Al-Hasyr 28 21-24
  • Al-Jin 29 1-9
  • Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
  • Al-Falaq 30 Seluruhnya
  • An-Naas 30 Seluruhnya

25 January 2011

Amalan Semasa Hamil


Zikir-zikir serta surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu dan sebagainya.

Doa Semasa Hamil

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

Zikir Dan Doa Semasa Bersalin



Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa disuruh mengamalkannya ialah:

"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu". "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang-orang yang zalim".

"Tuhanku berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh".


"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang kuserah diri kepada Allah".


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca Ayat Kursi, kemudian pula:

"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semua ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam".

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


Maha Suci Allah

Aku pohon ampun kepada Allah

24 January 2011

Usahawan Berjaya



Nama: Nor Zaina Bt Ghani (Datin Ira Ghani)

Umur: 31 tahun

Status: Berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata

Nama Syarikat: Positive Image Resources

Pengarah Eksekutif Positive Image Resources
Pengasas Aura Seri & Aura Genius
Pengasas Aura Seri Spa & Beauty
Pengasas Aura Seri Cosmetics (Skin Care Series)

Kelulusan:
Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University of Culcutta India
(Master Reiki, Aromatherapy, Herba, Colour Therapy, Psikologi, Mind Therapy, Perunding Kecantikan

Nama: Dato' Azie Sheikh Mohd

Tarikh Lahir: 20 Mac 1970

Nama Syarikat:
  • KLife Global Sdn Bhd - Managing Director (formly known as Dermilab Sdn Bhd) "Produk KLife dan Kayla Beverly Hills"
  • Megapadu Sdn Bhd - CEO
  • Euro Mega (M) Sdn Bhd - Director
  • SimplySiti Sdn Bhd - Executive Vice President




Obimin


Malas betul nak makan ubat klinik..Banyak sangat. Ada 4 jenis ubat...Dah bosan makan ubat. Sib baik awal pregnant aku beli Obimin. Tu pasal la ubat klinik x luak2..Tapi still ambik gak kat klinik. Bila nurse tanya "ubat cukup tak"? Aku pun selamba jawab "dah nak habis"...hehehhe..Kalau aku cakap ade lagi, nampak sangat la aku tak makan ubat kannn. Kalau Obimin, aku cuma makan 1 biji je..Kira ok la..Kandungan dalam Obimin pun sama dengan 4 jenis ubat yang aku makan..Cuma Obimin ni aku beli sendiri kat farmasi. Kena kuar duit la..Takpe janji makan 1 biji je..

Kandungan

Vitamin A
Vitamin B1
Vitamin B2
Vitamin B6
Vitamin B12
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin B3
Vitamin B5
Folic Acid
Iron
Calcium
Copper
Iodine

Kisah 2 Orang Mamat Yang .....!!!!

Secret admire la konon. Memang la 2 mamat ni tersangat2 la "rahsia". Nape la jadik camtu..Suka letak nama tipu/manja kat facebook. Nyusahkan orang je.Bila tanya, taknak jawab la identiti diri yang sebenarnya. Aku tau yang 2 orang mamat ni kenal aku. Maybe 1 sekolah aku jugak..Kalau budak sekolah aku 1-2 orang takpe la...Ni beratus2 orang...Cakap 1 kelas dengan aku la..EEE bolayan la sume tu..Dah malas nak reply/layan 2 orang mamat ni..Dan terasa nak block je 2 orang mamat ni..Tunggu la angin aku datang. Biar padan muka kamu.

2 Mamat Yang Suka Kacau Aku

facebook
Mat sent you a message.

Mat Sentol
Mat SentolJanuary 20, 2011 at 1:35pm
cuti mende esok



Find people from your Yahoo! address book on Facebook!

facebook
Ismail sent you a message.

Ismail B Manaf
Ismail B ManafJanuary 25, 2011 at 2:20am
Subject: ..slm
hehe..lma x mesej awk...nk tnya antara ckg2 ni yg mana awk ingat lgi
ckg ramli...ckg shaari...ckg rahim..ms d sk maran laaa...sj jer tnya nk chat ngn awk tu...jwb la



Find people from your Yahoo! address book on Facebook!

Maybank2u...Important Notice

Dear Customer,

To enhance the level of service you receive with Maybank Online Services, we regularly review the online banking accounts. We have issued this warning message to inform you that we have detected a slight error in your account information.

This might be due to either of the following reasons:

  • A recent change in your personal information ( i.e. change of address).
  • Submiting invalid information during the initial sign up process.
  • An inability to accurately verify your selected option of payment due to an internal error within our processors.

As a result, we require you to confirm and verify your account information By Clicking Here and completing the confirmation process.

If you have any questions, or need any further information please contact your local branch.


Thanks again for choosing Maybank2u,


(Kes Kedua)

Dear valued customers,

In our continuous efforts to upgrade better customer experience, we have enhanced the Maybank2u.com login page with immediate effect.

We have also recently upgraded our internet banking security modules.

You are therefore required to verify your account information on file with us.

click below to update your account,

http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/personalDetail04.do

Thank you for your continuous support.

Maybank Security Team


p/s: hari2 dapat je emel dari Maybank PALSU...wat member2 yg pernah/baru je terima emel cam ni, jgn sesekali klik kat link yg diberi ...Ia bukan dr pihak Maybank..Tak pasal2 duit dalam akaun nanti hilang...IMPORTANT

22 January 2011

Beauty...



Suka sangat tengok orang cantik...x kira la bangsa ape pun..Janji cantik..Pompuan memang suka tengok yang cantik2 kannn..Tak terkecuali gambo diatas ni...suke..suke..suke tengok Aishwarya Rai...Cantik semulajadi..Marvellous!!!

20 January 2011

Makan Kat Satey Kajang

Dah lama tak gi kat Satey Kajang ni...Rupa2nya dah ada taman permainan kanak2.
Suka la kanak2 kan..

Kereta mainan pun ada..Anak boy aku dah la suka kereta..Tak dapat naik mau mengamuk dibuatnya..Bayaran utk naik kereta ni adalah RM2 utk 5 minit..Boleh la..

Anak girl pun ambik kesempatan sekali la dah alang2 adik dia main kan.

Sebelum main...isi perut dulu la..Makan ape? Makan satey la kannn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...