01 December 2011

Orang Mengamuk Di Pasaraya


Nak tau citer menakutkan tak? Kompemmmm...Okey aku citer yup!!!

Kejadian ni berlaku malam semalam (30.11.2011) di sebuah pasaraya terkenal di kampung aku. Pasaraya Tunas Manja Maran. 

Masa kejadian tu berlaku, aku, suami, kakak ipar dan suami, syuhada(anak) dan quratul(anak buah) berada di kaunter bayaran. 

Tiba-tiba kami terdengar bunyi bising (suara orang mengamuk) dan membaling sesuatu. Dummmm!!!

Oh!Rupanya orang yang sedang mengamuk tu dok baling air botol ke lantai. Mak aiii!!banyak nye dia baling. Aku beranggapan dia adalah orang giler atau sakit mental. Orang tu menghala masuk ke dalam pasaraya..Oppss!!!tiba-tiba dia pusing keluar dari pasaraya. (SELAMAT)

Eh!!tak lama tu dia datang balik menghala ke pintu masuk pasaraya tengah pegang helmet. Tiba-tiba pandangan mata ku memandang ke tangan yang sebelah lagi...Takutttnyaaaaaaaaa..Orang tu bawa pisau ko.

Apa lagi, aku tarik tangan anak aku dan anak buah aku menuju ke belakang (bhgn dalam pasaraya) sambil mengajak kakak ipar aku. Jom lari..Kakak ipar aku tanya pekerja kat situ, kenapa dengan orang tu? Pekerja tu cakap, orang tu hidu gam. Dan pekerja kat situ dah telefon polis untuk tangkap penghidu gam tu.

Tak lama tu aku nampak kereta polis dan bomba datang...Tupp tup orang tu lari keluar dan menuju ke belakang pasaraya untuk melarikan diri. Belakang pasaraya tu jalannya gelap. Rumahnya kalau tak silap kat belakang-belakang tu jugak..Sebelah je dengan kampung aku.............

Apa lagi, kami pun cepat-cepat naik kereta. Tak tau la polis dapat tangkap ke tak. Harap-harap dapat la tangkap. Takut orang tu buat hal lagi sampai melayang nyawa orang lain.


1 comment:

  1. Isshh, seramnya..Kalau kita tu mau dah gelabah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...