04 December 2011

Awas! Gigitan Cinta Akibatkan Strok


Love Bite (gigitan cinta) adalah lebam sementara atau tanda-tanda berwarna biru keunguan akibat perbuatan mencium, menghisap atau menggigit kulit dengan kuat sehingga tertarik dan menyebabkan pecah darah di bawah kulit tersebut. Ia kekal selama 4 hingga 12 hari di tubuh seseorang dan kelihatan sama seperti lebam biasa.

Anda haruslah berwaspada?
Apa yang berlaku di Auckland, New Zealand baru-baru ini misalnya begitu mengejutkan. Akibat daripada gigitan cinta, seorang wanita berumur 44 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Gigitan cinta itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah dan pembentukan darah beku. Darah beku tersebut kemudiannya mengalir ke jantung mangsa dan menyebabkan dia mengalami strok. 

Info dari Majalah Harmoni

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...