22 November 2011

Kempen SimplySiti Di Hati


Kempen SimplySiti Di Hati yang akan bermula pada 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2012 ini dibawakan bersama oleh rakan niaga Watson’s sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban.

Kempen ini akan mengumpul dana untuk disalurkan melalui Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) bagi membantu 2 orang pesakit jantung iaitu Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong. Kedua kanak-kanak ini memerlukan bantuan sebanyak RM70,000 bagi rawatan perubatan di IJN.

Pengguna SimplySiti boleh membantu dengan membuat pembelian RM100 ke atas di mana sebanyak RM5 akan disalurkan ke dalam Kempen SimpySiti Di Hati, pelanggan hanya perlu mengisi borang dengan butiran peribadi disertakan dengan Slogan “SimplySiti di Hatiku kerana…”

Borang hendaklah dikepilkan bersama resit pembelian dan dimasukkan ke dalam kotak tabung SimplySiti Di Hati yang disediakan di setiap kaunter SimplySiti di seluruh Watson’s.

Untuk keterangan lanjut, sila ke blog Budiey.Com


p/s: Sama-sama la kita membantu kepada mereka yang memerlukan...

**Sape-sape yang bertuah tu, dapat la bersama dengan Datuk Siti ke Kilang Simplysiti di Korea..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...