16 November 2011

Benda Putih Terbang

Alkisahnya....

Terjadi pada malam tadi.. Aku, kakak dan abang gi klinik. Mak aiii..ramainyer orang sakit..
Aku pun sama, sakit gak..Mata aku naik ketumbit lak..Ngacau pandangan lah..Sangat tak selesa. Bukan aku saje yang sakit malah abang pun sama. Dok gatal-gatal kat seluruh badan selepas demam hari tu. Abang memang tak pernah jadi gitu. Tu pasal aku risau bebenor.

Doktor cakap macam ruam le, lepas habis demam, semua keluar dari badan. Oh gitu rupanya!!!
Dan doktor cakap kat aku pulak pasal mata aku tu, dia macam nak picit-picit jer..Geram katanya..Jangan la doktor..sakit lerrr..Doktor pun bagi satu ubat ni suruh sapu kat dalam mata..Insyaallah la berkurangan..Tak pasal-pasal aku EL hari ni pasal rimas..pandangan cam kabur je..Tak tenteram....

Dah settle semuanya...
Kami semua pun balik rumah le..kami jalan kaki je memandangkan cuma sejengkal je le..(opss ye ke). Lepas je kami lintas jalan raya, n then nak naik bukit (sebab rumah kami atas bukit), kakak cakap dia nampak benda putih terbang ualang-alik..

Dah lama kat parking kereta tu bdah dipadam..Gelap oooii lagi lah tambah takut aku. Pulak masa tu takde satu pun kenderaan lalu kat situ..Lagi laju le aku jalan..Nak pandang belakang,atas takde nye le..
Taubat aku dah tak lalu kat situ malam-malam tanpa suamiku...Sebab aku ni berani sangat..Sebelum ni aku biasa la gi darussalam malam-malam ngan anak aku..Lepas ni takde dah kot...

p/s: aku teringat yang kak aina (ofismate) aku citer yang anak dia pun nampak benda putih ulang-alik dekat dengan kawasan rumah dia..So, aku rasa percaya la apa yang anak aku nampak..

3 comments:

  1. takotnyeee....next time klua uma bteman ye kak...

    ReplyDelete
  2. sue: tu le pasalnye..

    aksarafendi: P9 kat klinik...sebelum ni pernah gak dgr ade org jumpa kat area gazebo P9..ia berlaku bukan tengah malam sgt pun..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...