04 October 2011

Syarat-Syarat Kelayakan Perumahan PR1MA

1. Siapa yang layak untuk memohon untuk perumahan PR1MA?
Kewarganegaraan
-Anda mestilah seorang warganegara Malaysia.
Umur
-Anda mesti berumur 21 tahun semasa memohon.
Gaji
-Gaji isi-rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri)
Pemilikan Rumah
-Program ini terbuka kepada mereka yang hanya memiliki satu rumah di Malaysia, atau
mereka yang belum lagi memiliki rumah di dalam negara.
Terma & Syarat
-Pemohon mesti setuju untuk menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan, bagi tujuan
penapisan.
-Selepas peruntukan rumah, terdapat tempoh moratorium selama 10 tahun, dimana rumahrumah
yang dipertuntukkan tidak boleh dijual atau dipindahmilik kepada mana-mana pihak
-Rumah-rumah itu mesti didiami oleh pemilik – sebarang bentuk penyewaan tidak dibenarkan
Prosedur

2. Bagaimana saya memohon untuk rumah PR1MA?
Pendaftaran
-Calon mendaftar didalam talian.
-Tiket bernombor siri akan diberi kepada pemohon apabila pendaftaran telah disahkan.
-Tempoh memohon ialah selama 14 hari.
Cabutan
-Cabutan akan dilakukan pada tarikh yang tertera. (NB: Calon tidak dimestikan hadir namum
kehadiran adalah dialu-alukan)
-Pemohon yang terpilih akan diberitahu melalui surat dan akan diminta untuk menyediakan
dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan penapisan, di suatu masa yang akan
ditentukan kelak.
Pengumuman
-Notis terakhir akan dikeluarkan oleh Unit PR1MA, Pejabat Perdana Menteri kepada
pemohon yang berjaya.

3. Bagaimana rumah PR1MA akan diperuntukkan?
-Rumah PR1MA akan diperuntukkan melalui proses cabutan yang telus dan terbuka, yang
adil bagi semua pemohon yang layak.
-Setiap proses cabutan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah, yang juga akan
mengendalikan audit yang kerap untuk memastikan proses permohonan adalah telus dan
mematuhi piawaian dan prosedur.

4. Adakah PR1MA akan menawarkan kediaman-kediaman yang serupa di tempat lain?
-PR1MA akan mengumumkan kediaman-kediaman serupa di lokasi-lokasi lain, berserta
dengan syarat-syarat kelayakan dan prosedur-prosedur tertentu bagi projek-projek
tersebut, apabila tiba masanya nanti.
-Merancang Kewangan

5. Adakah PR1MA akan memberikan pinjaman kepada pemohon yang Berjaya?
-PR1MA tidak menyediakan pinjaman kepada pembeli.
-Pemohon perlu membuat perancangan pinjaman mereka sendiri.
-Pihak pemaju akan menyediakan senarai bank-bank / institusi-institusi kewangan panel.

***Satu je syarat yang aku tak layak memohon perumahan PR1MA ni..yup, syarat yang terakhir tu...Pengundi berdaftar Parlimen Putrajaya..

***Agak-agaknya la, berapa potong sebulan nanti ye!!!Cukup makan ke nanti!!! Sangat-sangat tak konfiden..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...