27 October 2011

Punca Anak Menjadi Biadab


Anak yang biadab terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

Biadab Terhadap Ibu Bapa
Anak yang biadab kepada ibu bapa sering meninggikan suara, membantah, tidak mahu mendengar nasihat, bermasam muka, tidak hormat kepada ibu bapa dan tidak memberi tindak balas yang baik terhadap ibu bapa. Biadab tahap tinggi dinamakan "derhaka" seperti menengking ibu bapa, memukul atau menyakitkannya atau membiarkan ibu bapa yang telah tua terlantar tanpa dijaga.

Biadap Terhadap Guru
Murid yang biadab kepada guru tidak menghormati guru sebagai pendidik dan pembimbing. Mereka mengejek-ngejek guru, merosakkan kenderaan guru, menyakiti hati ahli keluarganya atau membuat bising di dalam kelas ketika guru mengajar.

Biadab Dalam Masyarakat
Masyarakat adalah anggota sesebuah keluarga, kampung, kariah atau penempatan yang seharusnya bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain. Anak yang biadab menganggap masyarakat sebagai orang lain atau dirinya sebagai orang asing. Antara komposisi masyarakat yang harus dibina hubungan baik ialah adik-beradik, kawan-kawan, jiran, rakan setugas, orang yang berurusan dan orang ramai.

Biadab Dalam Majlis
Anak-anak juga harus dididik dengan etika di dalam majlis seperti aturan protokol, mempengerusikan majlis, pengucapan awam, menyusun agenda, membaca bahasa tubuh penonton dan sebagainya supaya mereka tidak canggung dan melakukan kesalahan dalam majlis yang boleh dianggap sebagai perbuatan biadab.

Biadab Tehadap Ajaran Agama
Anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama sedari kecil termasuk adab-adab dalam Islam supaya mereka hidup beretika menurut disiplin dan syariat Islam dan tidak melanggar peraturan hidup beragama yang boleh dianggap sebagai biadab terhadap agama.

Sumber: Buku Menangani Anak Biadab (Telaga Biru)

 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...