04 October 2011

Puding Raja


Bahan-Bahannya :-

15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sudu gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering
minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam

Cara- cara :-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
2. Tabur buah prune ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan. Boleh juga tabur kuih jala emas di atas.


***Inilah yang kutunggu-tunggu setiap kali kena stayback Bajet..Tapi tahun lepas, harapan musnah...Tak dapat sikit pun walaupun tengah pregnant...Kesian kannn!!!


Tahun ni ada tak PM bawa puding raja ni...Harap-harap PM bawa le yer..


Walaupun aku anak jati Pahang, memang aku tak pernah makan pun sebelum ni..Nasib baik stayback bajet 2010 hari tu dapat la jugak merasa walaupun sikit..

2 comments:

  1. Tahun ni mesti ada punya. kami dah temaph pon :)
    Puding ni sedap dan aku tunggu setiap kali munculnya bajet....

    ReplyDelete
  2. ye ke..tak sabar nak makan...walaupun aku ni asal org Pahang...jakun no..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...