18 October 2011

Lupa Lirik di Hari Merdeka


Apakah maksud tajuk entri di atas?

Adakah ia berkenaan dengan rancangan Jangan Lupa Lirik?

Kenapa pula dikaitkan dengan Hari Merdeka pula?

Ishk...ishk..ishk..

Kisahnya........

Ia berlaku pada Hari Merdeka.

Ada 3 anak dara ni yang sangat berani untuk mengadakan persembahan nyanyian di malam hari Merdeka. Diorang ni nyanyi lagu kumpulan Slam. Tak ingat pula tajuk apa. Yang pasti diorang ni memang minat sangat dengan lagu tersebut. Dah berhari-hari diorang ni hafal lirik. Dan diorang ni berjaya juga menghafal lirik dan bernyanyi dengan baik sekali.

Malam pun menjelma....

Nevesnya la diorang ni untuk naik ke pentas. Masing-masing pakai baju kemeja putih.
Yang sorang ni kebas baju bapa dia tau...bapa dia banyak kemeja putih. Lagipun kemeja putih tu dah kecik. No hal la..

Bapanya pun bertanya: Nak pergi mana ni?

x: nak gi nyanyi

Bapa: (muka dah lain macam)

Tiba la masa yang ditunggu....

Bila pengacara memanggil nama kumpulan diorang ni...terketar-ketar lutut naknaik pentas. Yang ni tolak yang tu dan sebaliknya...Ko la naik dulu...ko la...

Band pun dah sedia nak mainkan lagu diorang ni. Diorang pun nyanyi dengan selamba..Tiba satu part ni kawan diorang ni lupa lirik lak..yang member diorang ni memang tak hafal pun part tu. Sebab part tu, kawan dia yang kena nyanyi..Last, masing-masing diamkan diri aje...Muzik je bergema...Huh!!!Malunya....Itu le kenangan memalukan yang tak dapat dilupakan hingga sekarang.

Nasib baik bukan pertandingan....kalau tak..gerenti kalah......

Korang nak tau diorang tu tak?

Salah seorangnya adalah AKU.....

Ini kisah benar tau..

***Dan aku pernah masuk pertandingan nyanyian. Tak ingat umur aku berapa masa tu. Yang pasti, aku nyanyi lagi AKU CINTA PADAMU nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.
Tapi kalah...sebab aku nyanyi dalam ketakutan/neves...Bila nama dipanggil, aku rasa nak lari je masa tu...(Rajin sgt letak nama, bila org panggil boleh pulak nak cancel)...Itu lah aku..

2 comments:

  1. la ye ke? hehehe, rasa kelakar pulak, cuba membayangkan muka-muka masa tu, mesti blur campur malu kan..

    ReplyDelete
  2. missbby: malu sangat2 masa tu...x tau nak kata apa..malu tapi mau...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...