18 October 2011

Karnival BEST 2011 (Buat Elok Saja Tau)



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) pada 28 hingga 30 Oktober ini untuk memberi contoh kepada para penganjur konsert hiburan di negara ini mengenai tatacara yang harus dipatuhi mengikut ajaran Islam.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata, karnival yang akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2 di sini itu akan mendedahkan masyarakat mengenai garis panduan yang sepatutnya dipatuhi apabila sesuatu konsert hiburan diadakan.

Melalui karnival tersebut, katanya, Jakim akan mempraktikkan garis panduan mengikut ajaran Islam yang telah diperkenalkan Jakim sejak tahun 2007.

“Matlamat utama kita (Jakim) melalui karnival ini adalah perkongsian ilmu dengan masyarakat.

Antara artis yang akan hadir ialah:

  • Fahrin Ahmad
  • Faizal Tahir
  • Shazet
  • Zaibaktian & X-clusive
  • Altimet & Ila Damiaa Mentor
  • Lah VE & AlMawlid
  • Andi A.Merican
  • Imran Ajmain
  • Fazley Yaakob
  • Najwa Latif
  • Kumpulan Nasyid Mestica
  • Kumpulan Nasyid In-Heart
Antara aktivitinya:
  • Forum Perdana (JAKIM) - Cinta Best!
  • BEST! Nasyeed Championship
  • Adik-adikku Program
  • BEST! Concert
  • Colouring Competition (PERTIM)
  • Spell It Right (Asuh)
  • Battle BEST! Of The Band
  • Dan banyak lagi....

1 comment:

  1. Jom ramai-ramai gi Karnival BEST! Memang BEST! Kalo nak tahu lebih info - macam mana nak ke sana? start pukul berapa? Apa aktiviti sepanjang karnival? Artis mana yang ada? Sila layari: http://www.daganghalal.com/HalalEvents/KarnivalBEST.aspx

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...