05 October 2011

Kacip Pinang - Barang Antik


Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang. Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh, oleh kerana orang sekarang sudah kurang atau pun tidak memakan sireh lagi maka alat ini pun sama sama pupus bersama. Inilah juga alat warisan Melayu yang turun temurun mengikut zaman. Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya. Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut. Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...