11 October 2011

Cuti Ciput


Memandangkan sekarang sudah bulan Oktober, cuti rehat yang tinggal hanya ciput aje. Cuti rehat yang tidak mencukupi ni amat membelenggu kakitangan kumpulan sokongan. Cuti rehat tahunan adalah sebanyak 20 hari manakala bagi perkhidmatan yang melebihi 10 tahun ditambah lagi 5 hari menjadikan cuti tahunan mereka adalah sebanyak 25 hari. Kenapa cuti rehat tidak cukup?
  • Biasanya ia berlaku apabila sesuatu perkara yang tidak dirancang.
  • Anak tidak sihat.
  • Kereta rosak (boleh berlaku)
  • Ahli keluarga masuk hospital
  • Dll
Bila berlakunya perkara di atas, ia menyebabkan seseorang itu akan mengambil cuti kecemasan. Oh! aku tidak terkecuali dari itu.

Bila anak ramai lagi la terasa sebab anak kita ni bukannya demam serentak ye dak...
Satu lagi kes bila pusat asuhan dipaksa tutup disebabkan kes berjangkit or etc...cuti kita jugak yang habis. Lain la dapat cuti tanpa rekod ke apa kan...

Anak masuk wad. Ha..yang ni lagi kesian sebenarnya..Mak bapak juga kena ambil cuti. Kalau kerajaan betul-betul prihatin, cuti tanpa rekod (cuti menjaga anak di wad) diberikan. Kalau setakat 1-2 hari je duk di wad takpe lagi, yang berminggu-minggu...Apa cer???

GCR... Oh! ni satu lagi hal...masih lagi zero...Mana taknya, cukup asyik licin je tiap-tiap tahun. Kalau ada baki pun cuma 2-3 je...Pastu forward ke tahun hadapan..Nape nak forward2 pulak..Masalah betul la kan...Masalah nye..awal tahun untuk yang ada anak nak sekolah tu, mak bapak kena la ambik cuti 2-3 hari..Haaa..awal-awal tahun dah habis 2-3 hari cuti kan..

Tiada usul tentang cuti dibangkitkan dalam Bajet 2012.

***semalam aku ambil cuti kecemasan lagi...ni ntah yang keberapa kali untuk tahun ni. Ni kerana anak-anak tidak sihat. Semalam kelopak mata baby merah dan sangat-sangat gatal..Dia duk tenyeh-tenyeh sampai luka berdarah. Apalagi...ke klinik la kami untuk mendapat rawatan.
Doktor cakap ni bukan sakit mata..cuma gatal-gatal je..sebab anak mata dia ok je, tak merah pun. Doktor bagi ubat sapu mata je...Alhamdulillah baby beransur pulih..

Tiap-tiap tahun kena fikirkan pasal cuti yang ciput ini.

Bilakah akan berakhir? Kena tunggu lagi 3-4 tahun..up 5 hari lagi..Oh! lambatnya.

***bukannya tak meninggalkan komen di 1Malaysia.com, tetapi tiada hasil..Maybe pemimpin kita sibuk atau terlepas pandang. Saya sangat kecewa...

Ini adalah suara rakyat/wakil kump.sokongan.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cuti..cuti ..akak lg ciput..tp nasib le thun dpan da tmbah jd 25 hari :D..so sabar je la ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...