08 September 2011

Berbuka Di Padang MPK Kuantan


Aku, suami, alya, afiq dan ipah' family dah merancang nak berbuka puasa kat padang MPK Kuantan ni. Asalnya kami nak bertolak pukul 5.30 petang. Tapi dapat call bagitau jalan kat Kuantan jem... Kami percepatkan waktu untuk kesana. Haa..ambik nak kau...Pukul 7 lebih sampai ke sini...


Ni namanya takde keje, cari keje. Ape salahnya aku ambil gambar ni kan. Sebenarnya nak citer sikit pasal Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) ni. Anak sulung aku dilahirkan kat hospital ni la. Kebetulan kamera ada ditanganku, aku pun menggatal le ambil gambar ni.


Tempat melepak suatu ketika dulu. Masa muda remaja la. Sekarang takde dah nak lepak-lepak yek. Inilah shopping kompleks..Kuantan Parade.


Ni pulak Kompleks Teruntum. Saje snap gambo..Takde keje kannn!!! Ni pun tempat shopping jugak la.


Ni pun Kompleks Teruntum jugak..


Ce tengok ni...Kan betul, jalan jem..Nak cari parking punya la susah. Last-last kami park je dulu kat tepi jalan, kot-kot la ade kereta yang nak keluar parking. Boleh kami rembat. Tunggu punya tunggu, takde pun kereta keluar. Kami jalan depan sikit..Alhamdulillah ade jugak parking..Berkat kesabaran. Dah la nak masuk waktu berbuka dah...Nasib baik sempat beli makanan kat bazar situ. Ape lagi...bentang tikar la..


Ramainya manusia kat sini...Kalau tak silap la, tiap-tiap tahun bulan Ramadhan memang cam gini. Sekali sekala seronok gak makan beramai-ramai. 1st time kami join da group..berbuka di padang.


Padat sungguh...


Apalagi...makan time..


Aik!!! tiba-tiba pulak muncul Terminal Satay Zul ni. Apa hal nya..OOO...ni on the way nak ke Teluk Cempedak (TC). Ambil angin pantai jap..Dah lama tak lepak kat pantai.. Kuatnya angin kat sini, malam-malam begini..Terbang segala-galanya..


Ni hotel Vistana...on the way nak ke TC gak..

***next entri...gambar di TC.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...