25 August 2011

Safety First


Yup....keselamatan perlu diutamakan. Betul tak?

Nak cerita la sikit kat korang semua, semalam aku terpaksa EL kerana nak tukar tayar kereta...Tayar kereta dah haus sangat dah..Sangat bahaya untuk berjalan jauh. Duit boleh dicari tapi nyawa boleh ke ditukar ganti.


Melayang juga la enam ratus ringgit malaysia untuk empat tayar kereta. Ingat nak cari yang second hand je tapi tak jumpa yang elok. Semua tayar yang ada sangat-sangat tak elok.
Ape lagi...fikir punya fikir, beli yang baru la senang. Takpe la keluar duit lebih sikit untuk keselamatan keluarga.

Dari PJ(kedai second hand) ke Dengkil mencari kedai tayar. Alhamdulillah, tauke tayar kereta kasi harga murah. Dari RM700++, dia kasi RM600. Save bajet.
Sekarang dah tak risau lagi untuk pulang ke kampung halaman meraikan hari lebaran bersama keluarga tercinta yang menanti kepulangan anakandanya.

Semoga kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Korang pun sama la juga ye, hati-hati dijalanraya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...