10 August 2011

Hanya Tinggal Kenangan di Perpustakaan Awam

Perpustakaan Awam Maran, Pahang.

Perpustakaan bergerak.

Perpustakaan Awam Maran, Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1993. Sehingga tahun 2008, perpustakaan ini mempunyai lebih kurang 3,000 ahli yang berdaftar dan purata keahlian ialah 30-50 orang setiap bulan. Yuran keahlian adalah RM12.00 untuk golongan dewasa, RM9.00 untuk golongan belia dan RM7.00 untuk kanak-kanak dan keahlian adalah sepanyang hayat.

*Dah lama meninggalkan perpustakaan awam Maran. Last pergi sana pada tahun 2000. Study for SPM. Pastu terus tak datang dah. Tapi, tiba-tiba aku teringat balik kat perpustakaan ni. Faztee mengingatkan aku, bila dia keluarkan entri bertajuk siri penyiasatan... mana nak cari.

**Aku pun suka baca buku siri penyiasatan ni jugak. Disebabkan suka membaca, aku pun mendaftar la sebagai ahli. Masa tu tak ingat pulak bayarannya berapa? Tapi adakalanya aku terlebih hari meminjam buku, n then kena denda la dengan pihak perpustakaan tu..

***Aku bukan pergi sorang diri yer..Aku ditemani oleh kawan-kawan sekolah a.k.a sekampung. Campur laki pompuan. Naik basikal okeyy..Balik sekolah...rehat jap...pastu dalam pukul 2.30 petang (kalau x silap la) kitorang pergi ke perpustakaan tu..

****Tapi sakarang cuma tinggal kenangan je. Aku sangat merindu saat-saat itu. "Jangan mimpi la". Sebab ramai kawan-kawan aku yang sudah berumahtangga. Pastu tinggal jauh-jauh da...

*****Tapi kan...aku rasa cam nak pergi balik la perpustakaan tu. Nak bawa anak-anak aku sekali. Mesti banyak perubahan. Mana taknya, dah lebih 10 tahun aku tak pergi ke sana. Yang aku tau, perkhidmatan Wifi pun dah disediakan. Eh!!!dulu-dulu mana ada Wifi. Internet pun kurang popular a.k.a tak pandai guna.

Semoga misiku berjaya...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...