08 August 2011

Bonus Setengah Bulan Gaji Dengan Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam

Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Alhamdulillah..dapat sikit pun jadi la dari tak dapat apa-apa..lepas tuang minyak balik kampung...dan bayar kuih raya yang telah ditempah...kira ok la..

tapi ada sedikit ketidakpuasan hati tu...tak suka la bayar bonus ikut gaji..sebab yang sikit dapat sikit..yang banyak dapat banyak..

4 comments:

  1. syukur ade tp xpuas ht gk ikut gj..yg bnyk mkinseronok le..so yg bwhn ni lebih kurg jele..500 je

    ReplyDelete
  2. faztee: tu la pasal...bukan kita wat paper...

    ReplyDelete
  3. yang kije secara kontrak ngan perkhidmatan awam dapat tak? beban kije same je.. patut dapat le..huhuhu

    ReplyDelete
  4. syakirah: pekerja kontrak..tak tau la pulak..ada ke x?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...