03 August 2011

Ali Teringin Nak Duet Dengan Siti Nurhaliza


Juara Kilauan Emas, Mohd Ali Norpiah Mohd Johar, 46, berhasrat untuk menghasilkan lagu duet dengan dua pupunya, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Bagaimanapun niat tersebut masih belum diputuskan kepada wanita itu melainkan cakap-cakap mulut yang diajukan kepada ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik.

"Saya dan Datuk Siti Nurhaliza adalah dua pupu kerana ayah saya dan mak dia sepupu.

"Saya ada berjumpa dengan mak dia di Kuala Lipis sebelum ini. Jadi, keluarga dia tahu tentang impian saya ini dan jika tiada aral, saya mungkin akan berduet dengan dia," ujarnya kepada mStar Online.

Namun begitu, jelas Ali usul itu hanya cadangan dan dia enggan meletakkan apa-apa harapan kerana bimbang tidak menjadi.

"Saya hanya bercakap, kalau dapat baguslah tetapi kalau tak dapat pun tak mengapa.

"Mungkin selepas Hari Raya Aidilfitri ini, baru saya akan merancang untuk mengembangkan karier seni ini," tambahnya yang nekad bergelar penyanyi sepenuh masa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...