20 July 2011

Rumusan Kajian Dr. Glenn Doman Tentang Kanak-Kanak

  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  • Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran percakapan.
  • Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yang sama. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.
  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.
  • Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
  • Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapatinya semasa kecil.
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...