07 June 2011

Terasa Nak Makan Kurma


Dah lama tak makan kurma..Tapi yang syoknya, time puasa..mak aiii..tak ingat..berlambak-lambak kurma kat dalam peti...Lagi-lagi yang bertangkai dan lembut..Memang cepat habis..Sape yang menghabiskan? Aku la..Kalau dah berlambak sangat, memang aku akan poskan kat kampung...Sebab biasanya abah aku ni selalu beli kurma yang keras tu..

Tiba-tiba hari ni terasa nak makan buah kurma yang lembut tu...Tapi sebenarnya, kurma elok diletakkan dalam rumah kita...bukan sahaja di bulan Ramadhan je..bila-bila pun boleh..

Seperti dibawah ni...yakni

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada
kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah
kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...