07 June 2011

Taska oh Taska

(Gambar hiasan)

Kenapa lah pihak pentadbiran ni tak pernah terfikir nak letak CCTV kat Taska ye. Mak bapak pulak terkehel-kehel sibuk nak letak. CCTV tu sangatlah penting. Apalah pemikiran diorang ni. Bab pantau...tak tau la nak cakap, ada buat ke tak?

Melalui CCTV, kita boleh kesan apa kegiatan pengasuh-pengasuh di taska. Bagaimana penjagaan ke atas bayi ni, adakah baik atau sebaliknya? Kalau ada apa-apa kejadian, sekurang-kurangnya kita ada bukti..ye dok..

Ibu bapa mana tak risau, memandangkan kejadian bayi mati di tempat asuhan selalu terjadi di atas kecuaian pengasuhnya sendiri. Baca suratkhabar Berita Harian hari ni pun ada kes budak mati lemas dalam besen. Semua pengasuh tak perasan yang budak ni takde kat dalam bilik kerana mereka sedang menonton televisyen...Aduiiiiiiii...

Ibu bapa mana yang tak sedih bila mendapat panggilan dari taska mengatakan anaknya mati lemas...Mau pengsan ibubapa mereka..Betul tak? Tak pun saman je taska tersebut, bagi pengajaran sikit..Jangan leka...Tunaikanlah tanggungjawab dengan sepenuh dan sebaik mungkin.

Dan seeloknya, pengasuh ni diberikan kursus penjagaan kanak-kanak. Wajib bagi mereka yang teringin sangat nak jadi pengasuh tu. Bukan setakat bancuh susu, mandi je..Cara nak tidurkan bayi pun penting..Bukan boleh main hentam je..Pelepuk sana pelepuk sini...tak pasal-pasal tinggal kesan lak kat badan bayi tu...Haaaaa ni dah kes dera..Hati-hatilah wahai sang pengasuh semua...

Ini semua pernah terjadi depan mata aku.......Tu belum yang dibelakang kita...

Dan lagi...

Umur perlulah sesuai untuk menjadi pengasuh...Kalau boleh janganlah ambik yang muda-muda...Aku sangat la kurang setuju..

Tapi...pengasuh anak aku yang kecik ni...muda la..Kebanyakkan pengasuh yang menjaga bilik baby...muda-muda belaka..

Harap-harap tiada perkara yang tak diingini berlaku, bukan sahaja pada anak aku malah anak orang lain jugak...

Sekian, terima kasih..

p/s: hati tak tenteram bila nak buat keje....sebab anak aku masih kecil..

(panjang skit entri ni..memandangkan aku di kaunter sekarang ni. Lagi la pulak xde tetamu yang nak ambik atau hantar surat. Tak laku hari ni...hehhehe)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...