23 June 2011

Sukanya...Mak Datang Sini


Sepupu aku lapor diri kat Kementerian Pengajian Tinggi hari ni. Malam tadi dia sampai ngan adik dan mak aku dalam pukul 9 lebih.

Mula-mula aku ingatkan adik dan sepupu aku je datang, pastu dapat call dari abah aku, cakap mak aku datang sekali..Aikk!!!Mak aku tak ngajor ke..Jawabnya, mak aku cuti le 2 hari.

Apa-apa pun aku kena gi keje jugak. Sebab duty kaunter. Lepas punch kad, aku terus je gi hantar sepupu aku lapor diri.

Dengan selamber je aku terus je gi KPT kat Parcel E tu. Yo la yang tu je aku tau. Rupa-rupanya salah. KPT dah pindah kat Presint 5 kat dengan Pullman, sebelah Kem. Pelancongan Malaysia.

Kat surat tu takle aku baca. Confident lebih...Ha kan dah salah. Sape suruh tak baca habis. Tak pasal-pasal sampai lambat ke KPT tu.

Sepupu aku cuma lapor diri je kat KPT tu, tapi penempatannya kat Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan, Pahang. Ok la tu...dekat sikit. lagipun rumah mak bapak dia kat Pahang gak.

Settle hantar ke KPT, aku balik le ke ofis. Menjalankan tugas di kaunter. Nasib baik belum pukul 8.30 pagi. Kaunter beroperasi pukul 8.30 pagi...Nasib badan...Tak lewat.

p/s: apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah le dapat keje gomen cam aku. Bila la adik aku nak dapat pulak???

**nenek jaga cucu kat rumah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...