03 June 2011

Penutupan Jalan Sempena Konsert AF9


Sukacita dimaklumkan bahawa Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 (AF9) anjuran ASTRO akan diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya pada 12 Jun 2011, bermula pada jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa penutupan jalan akan dilakukan oleh pihak PPj secara berperingkat mulai 5 Jun 2011 (Ahad) mulai jam 2.00 petang sehingga 8 Jun 2011 (Rabu) jam 12.00 tengah malam bagi laluan persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 dan penutupan terus kedua belah laluan-laluan yang dinyatakan mulai 9 Jun 2011 (Khamis) sehingga 13 Jun 2011 (Isnin) jam 6.00 pagi.

Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja logistik oleh pihak ASTRO. Pihak Tuan/Puan adalah dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

5/6/2011 (Ahad)

Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 (laluan menghala ke Dataran Putra )

2.00 petang – 12.00 Tgh Malam

Sila patuhi aliran trafik yang telah ditetapkan

6/6/2011 – 8/6/2011 (Isnin – Rabu)

Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 (laluan menghala ke Dataran Putra )

12.01 Tgh Malam – 12.00 Tgh Malam

Sila patuhi aliran trafik yang telah ditetapkan

9/6/2011 – 13/6/2011 (Khamis – Isnin) PENUTUPAN PENUH

Persimpangan lampu isyarat dari WISMA TANI sehingga lampu isyarat JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), Presint 3 dan daripada JPN ke Wisma Tani (laluan menghala ke Dataran Putra & ke PICC)

12.01 Tgh Malam – 6.00 pagi

Laluan ditutup sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...