23 June 2011

Aishwarya Mengandung


Bintang Bollywood dan bekas ratu cantik dunia, Aishwarya Rai sah mengandung anak pertama.

Berita gembira itu didedahkan bapa mentuanya dan juga bintang veteran, Amitabh Bachchan dalam laman twitter, kelmarin.

“Berita! Berita! Berita! Tak lama lagi saya bergelar datuk...Aishwarya mengandung...saya sangat gembira dan teruja!!,” katanya.

Aishwarya, 37, berkahwin dengan anak lelaki Amitabh yang juga pelakon, Abhishek, 35, pada April 2007.

Jik semuanya lancar, ini adalah anak pertama pasangan itu dan sekali gus menjawab spekulasi di kalangan penulis kolum gosip India mengenai perubahan berat badan aktres berkenaan.

Amitabh kemudian berkata dia terharu dengan maklum balas pengikut dalam laman Twitter miliknya dan menerima 2,843 ‘tweets’ ucapan tahniah dalam setengah jam. Menulis dalam laman blognya bigb.bigadda.com, dia berkata: “Kegembiraan dan kebahagiaan berada di sekeliling kami,” ujarnya, namun tiada maklumat mengenai tarikh bayi berkenaan dijangka dilahirkan.

Keluarga Bachchan iaitu Amitabh, isterinya, Jaya, Aishwarya dan Abhishek adalah ‘keluarga Bollywood’ pertama dan mempunyai pengikut fanatik di India serta seluruh dunia.

Amitabh berkata, dia berasa amat gembira dengan berita itu lebih-lebih lagi bayi berkenaan adalah anak pertama Abhishek yang bakal membawa nama ‘Bachchan’, yang pertama dalam generasi ini.

p/s: Tahniah........

4 comments:

  1. mmg suke sgt bile dpt tau die mengandung tau...hehehe

    ReplyDelete
  2. salam..
    tahniah buat beliau
    dan peminat semuanya..
    saya suka diaa berlakon
    watak Paroo dengan SRK
    dulu

    ReplyDelete
  3. wow bestnya....dah lama gak tertunggu-tunggu brita ni...anak mereka mesti lawa & hensem mcm mereka gak kan...tambah2 maknya miss world...tak sabar nak tgk muka anak mereka....hmm siti nurhaliza bla plak?...masih ternanti-nanti brita gembira dr ct

    ReplyDelete
  4. nikaviolet, zulkbo n GR: saya pun happy bila dpt tau aish dah pregnant...mesti comel anak dia nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...