26 May 2011

Siti Dan Troika


KUALA LUMPUR – Heboh di blog-blog hiburan cerita penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membeli penthouse salah sebuah menara kondominium mewah di tengah-tengah ibu negara, The Troika yang berharga lebih RM20 juta.

Terletak antara KLCC dan Ampang Park, The Troika yang dibangunkan oleh Bandar Raya Developments Berhad dibina dalam tiga menara dengan menara satu setinggi 38 tingkat, menara dua dengan 44 tingkat manakala menara ketiga dengan 50 tingkat.

Menurut http://www.mygosip.com, pihaknya terkejut seketika apabila mendengar Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah di hadapan KLCC itu dengan harga yang sedemikian.

“Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza,

“Kalau betul la gosip tu, memang sangat bertuah la Siti Nurhaliza ni kan kerana hadiah harijadi sampai berjuta-juta,” kata blog itu.

Blog http://www.izyan.com pula berkata, ada pihak yang dikatakan ternampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan.

“Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award,

“Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah,” jelas blog itu.

p/s: kalau dah mampu, nak wat camne kan...

3 comments:

  1. perghh...giler rumah harga 20 juta... kaya giler... bak mai sejuta...hehehe

    ReplyDelete
  2. nak wat camne kan..dah duit banyak...

    ReplyDelete
  3. wah..bestnyer..untungnyer jadik ct..

    kak.. sue tag akk utk GA Gugugagaliya...
    http://onlyloveyoubaby.blogspot.com/2011/05/ga-gugu-gaga-liya.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...