27 May 2011

Jom Tengok Artis Main Futsal

AZLAN & THE TYPEWRITER, Mila Jirin, Farawahida dan Nubhan bakal memeriahkan kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Mei ini di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya.

“Acara itu bakal dimeriahkan oleh dua artis yang bernaung di bawah KRU Records iaitu Forteen (yang turut dianggotai Rizu One In A Million) dan kumpulan Tiga yang dianggotai tiga gadis remaja.”

“Persembahan bakal bertambah hangat dengan kemunculan Yazer AF dan dua kumpulan tarian daripada program Showdown 2011 iaitu HMC Flow dan Bounce Stepperz.”

Pada 28 Mei juga, iaitu pukul 2 petang bakal berlangsung perlawanan futsal selebriti membabitkan 14 orang selebriti.

“Artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Mentor, Anak Wayang dan My StarzLG adalah antara yang bakal menunjukkan skil bermain futsal masing-masing, ” kata Yusman lagi.

Barisan selebriti itu terdiri daripada Rina AF6, juara Mentor 4 Mohd., juara MyStazLG 3 Tom serta dua bintang kelahiran Anak Wayang, Afzan A. Rahman dan Amar Baharin.

Barisan selebriti yang akan bermain futsal dimeriahkan lagi dengan kemunculan nama-nama terkenal seperti Roslan Shah, Sheera Iskandar, Yatt Hamzah serta dua pelakon muda, Zain Saidin dan Syed Ali selain juara bintang Pantene, Fida Ibrahim. Serta model dan pelakon Shafiq Isam juga terlibat.

Berita lanjut di Kosmo.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...