20 May 2011

Izara Aishah & Hanis Zalikha


Perjalanan ke Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Bentong yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu berjalan dengan lancar bersama dua selebriti baharu, Izara Aishah dan Hanis Zalikha. Ketibaan kami disambut mesra oleh pihak Colmar Tropicale dan kemudian dibawa masuk ke tempat yang cukup cantik persis Perancis itu!

Cuaca yang cantik pada mulanya meyakinkan kami untuk meneruskan sesi fotografi. Walau bagaimanapun, hujan turun dengan tiba-tiba dan ia menyukarkan sedikit perjalanan kerja kami pada waktu itu. Namun benarlah kata orang, ‘hujan itu suatu rahmat’ dan sesi fotografi dapat diselesaikan dengan lancar. Izara yang merupakan pemenang tempat kedua di dalam Pencarian Dewi REMAJA 2010 berganding bahu bersama Hanis Zalikha, ‘blogger’ yang cukup terkenal di Malaysia.

Pertama kali mendekati Hanis Zalikha, gadis ini lebih banyak tersenyum dari berkata-kata. Ini bukan bermakna dia sombong atau pun tidak ‘friendly’ tetapi caranya yang nampak begitu tenang membuatkan dia lebih senang mendengar Team REMAJA lincah bersembang dengan Izara yang terkenal dengan sikap suka berceloteh. Sesekali baru Hanis menyampuk perbualan kami tetapi dia memang begitu pemurah dengan senyuman yang sangat manis. Berkongsi pengalaman berharga daripada kedua-dua gadis yang mencipta nama dalam bidang masingmasing riang ria bercuti-cuti di Colmar Tropicale!


Sambungannya dalam REMAJA 15 Mei 2011. Jangan lupa dapatkan di pasaran tau!

2 comments:

  1. wah.. dapat jumpe hanis... beshnye.. jeles2.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. jumpa dalam majalah Remaja keluaran Mei 2011

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...