16 April 2011

Zaman Gila-Gila

Dulu memang aku giler sangat kalau tengok kumpulan Feminin ni. Keluar lagu kat radio, mau volume tu dikuatkan. Takpe jiran sebelah dengar. Janji aku suka. Feminin ni kumpulan rap wanita pertama di Malaysia. Caya lah. tapi sekarang dah terkubur. Kalau la diorang kembali semula kan best. Pastu kalau tengok diorang rap, ha mulalah nak join sama. Aku ni memang hantu hiburan. Keluar je album, terus je beli.

Dulu-dulu main kaset je. Sekarang tak laku dah kot kaset-kaset ni. Main CD bla..bla..bla. Aku masih simpan kaset feminin tu. Ada kat rumah aku ni ha. Tapi nak pasang kat mana. Takde radio kaset la. Simpan wat kenangan la jawabnya. Jom pengunjung semua, kita nyanyi jap lagu populr feminin ni. Kat bawah ni ada lirik lagu Untukmu.
Jom 1,2,3..nyanyi dan rap sekali macam kumpulan ni yea.

Untukmu

Angin bayu membawa diriku

Sepintas lalu ku terkenangkanmu

Memori silam meresap malam

Kenangan bersama tersimpan selamanya


Walaupun kau pergi jauh dari diri ini

Cintaku masih bersemadi di hati

Keyakinan kita kan kembali

Menghidupkan semula janji bara cinta


*Kita bersama mengejar mimpi

Terpisah sementara kupasti

Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi Mekar di taman hati

Walaupun jauh pandangan mata

Kuyakin kau kan tetap setia

Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa
Dan cintaku hanyalah Untukmu

Saban hari diriku menuggu
Khabar berita darimu di sana

Gerimis senja kembali reda

Kerinduan di jiwa Kau jadi penawar
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama

Bila kita kembali bersama

Hiduplah semula Janji bara cinta Yeah...

Mimpi yang dikejar telah pun menjadi
nyata
teristimewa untuk anda semua...
Untukmu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...