28 April 2011

Saya Tak Terima RM1 Juta


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersedia membawa watak Ibu Muslimah dalam pementasan teater muzikal Indonesia, Laskar Pelangi yang dijadual dipentaskan di negara ini Julai depan, jika tawaran diterima bersesuaian dengan kehendak dan komitmen kerjayanya.

Bagaimanapun, penghibur berusia 32 tahun itu menafikan dia menerima pembayaran sebanyak RM1 juta untuk membawa watak guru yang gigih memperjuangkan nasib anak-anak susah di Pulau Belitung itu.

“Saya dengar khabar angin ada pihak produksi ingin menyunting saya sebagai seorang daripada teraju dalam teater muzikal itu namun sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi mengenainya, sebaliknya saya hanya mendengar daripada kawan dan pengurus saja.

“Bagaimanapun saya nafikan jumlah bayarannya sebanyak RM1 juta kerana kerana segala-galanya belum ada hitam putih. Apapun, jika benar tawaran itu akan menyusul, saya bersedia menimbangkannya kerana filem itu adalah sebuah karya yang menarik,” katanya yang menghubungi Harian Metro, pagi semalam.


Diadaptasi daripada filem terbitan Indonesia dengan judul serupa, teater muzikal Laskar Pelangi yang mendapat sentuhan pengarah Riri Riza bakal dipentaskan dengan mengekalkan plot cerita dan pembangunan watak yang sama namun disuntik pembaharuan pada barisan pelakon yang baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...