28 April 2011

Polis Tembak Mati Tiga Dipercayai Perompak

MARAN: Polis menembak mati tiga lelaki warganegara Indonesia selepas dipercayai merompak sebuah rumah peneroka di Felda Jengka 18 di sini, awal pagi Khamis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi, sepasukan polis mengejar tiga lelaki terbabit yang melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Beliau berkata suspek yang bersenjatakan parang kemudian cuba menyerang anggota polis sebelum ditembak mati di ladang kelapa sawit berhampiran Felda Jengka 18.

p/s: ramai betul la perompak kat dunia ni, takde keje lain ke nak buat haaaa..Keje la wei, banyak lagi keje halal utk korang daripada korang merompak. Ni kes MALAS la ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...