06 April 2011

Pentingnya Barut Bayi

Barut bayi merupakan salah satu item yang mesti saya ada sewaktu berpantang. Barut ni mak mertua aku yang jahitkan untuk cucu dia. Selalunya mak mertua saya akan sediakan barut warna putih yang mempunyai tali di kiri-kanan barut. Jenis kain yang digunakan ialah kain cotton, sebab tak panas untuk bayi. Bayi lebih selesa dan diserap peluh.

Aku memang akan pakaikan barut pada anak aku sebab aku tak larat nak melayan kerenahnya kalau meragam ..lebih-lebih lagi kalau dalam pantang. Bayangkanlah kalau asyik menangis aje, tak letih di buatnya. Kalau tak dipakai barut ni, bayi akan kembung perut dan asyik menangis je.

Berpuluh-puluh helai barut yang ada untuk bayi saya.Barut ni turun temurun punya. Tapi ada jugak la yang barunya. Tapi sekarang dah ramai orang jual barut bayi ni berwarna-warni lagi. Yang bercorak pun ada. Sediakan duit aje.

Bagi mengelak bayi kembung perut, sebelum memakainya kita kena la sapu minyak yuyi. Kalau pakai barut je, bayi still kembung jugak. Ni saje nak share untuk ibu-ibu yang baru mendapat bayi pertama (anak sulung).

2 comments:

  1. aku sokong sangat pasal minyak yuyi tu!!! sbb anak2 aku 2-2 pakai minyak yu yi. minyak tu mmg bagus utk bayi...

    ReplyDelete
  2. ye..aku pun pakai utk anak3 aku. bau pun sodap

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...