20 April 2011

Mak Cik Putih

Nak citer dengan korang semua pengalam jumpa hantu. Aku pun tak pasti la dia tu hantu ke bukan. Aku masih ingat kenangan pahit, busuk masam ni. Masa tu aku sekolah rendah. Tak ingat lah darjah berapa.

Tiap-tiap hari, biasanya abah aku akan ambik aku balik sekolah. Tapi satu hari tu je dia tak ambik aku. Tak silap hari tu abah au ada hal yang nak diuruskan. Aku pun redha je la jalan kaki sorang-sorang.

Ikutkan hati ni, memang la takut. Takut kena culik, bunuh, rogol bla..bla..bla. Masa perjalan pulang dari sekolah, dengan hujang renyai aku laluinya juga tanpa singah kemana-mana mencari tempat berteduh.

Sampai kat satu jalan menghala balik ke rumah, tempat ni agak sunyi. Ada hutan sikit. Tak la tebal mana pun hutan tu. Sekarang tempat tu tak hutan dah, tapi semak samun je.
Dulu aku satu kebun ni, kalau nak masuk kebun ni mesti lalu lorong ni. Aku tak padan dengan pompuan pun pernah ikut sama dengan geng aku.

Ok berbalik citer hantu tu, yang peliknya takde satu kereta lak time aku lalu kat situ nak tumpangkan aku. Tiba kat satu pokok durian ni, aku nampak satu benda putih. Rambutnya mak aii..panjang bebenor.

*
*
*
(iklan susu S26 jap)...baby Aqil nangis nak susu. hehehe
*
*
*
Bukan setakat rambunya yang panjang mengurai tapi pakaiannya serba putih. Aku pandang sekali imbas tak berani la nak tenung lama-lama. Aku mula la rasa cam nak patah balik je. Tapi kalau aku patah balik, nampak sangat la aku nampak dia kan. So, aku teruskan perjalanan memandang ke arah lain. Aku buat macam tak nampak la.

Fikiran aku dah bercelaru, macam-macam difikirkan. Kot-kot dia ada kat belakang aku manalah tau kan. Aku terus jalan laju. Buat macam tak apa-apa berlaku. Jalan-punya jalan, tiba-tiba aku dengar bunyi kenderaan. Aku takde la pandang belakang, takut kang yang lain pulak muncul.

Syukur Alhamdulillah ada bas sekolah berhenti kat tepi aku nak ditumpangnya aku ni. Aku nak marah jugak la, kenapa bas ni baru lalu sini. Kenapa tak lalu sebelum aku nampak hantu tu. Apa lagi driver tu suruh aku naik, cian tengok baju aku basah kena hujan.

Keesokkan hari aku citer kat kawan sekampung aku. Pastu mak dia cakap memang ada orang mati kat situ. Nama dia makcik putih. (dalam hati aku) betul la apa yang aku nampak tu hantu. Ishkk..menyeramkan betul. Tak tau la pulak kot-kot orang lain pun pernah nampak apa yang aku nampak tu. Cukup la sekali pengalaman jumpa hantu. Tak nak dah.....

Tapi sekarang memang dah tak hutan tapi semak-samun takde orang nak jaga laluan utama orang kampung untuk ke bandar. Tapi still takut gak lalu kat jalan tu, bukan sebab hantu tapi sebab Mat Bangla, Vietnam... keje kat pasaraya berhampiran jalan utama tu.

Dengar citer ada orang kat kampung aku hampir-hampir kena rogol dengan mat2 tu. Kebetulan masa kejadian takde orang lalu kat situ. Tak lama tu baru la ada orang yang lalu kat situ dan terdengar jeritan kat semak tu. Syukur la tak diapa-apakan.

~ Tamat ~

2 comments:

  1. terjah di balas terjah ok. puashati. thanks

    ReplyDelete
  2. puas sangat2. cam tu la blogger.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...