24 April 2011

Kopi Ko...

Mengimbau kembali kenangan jadi minah kilang. Dulu aku ni minah kilang tapi tak lama pun aku jadi minah kilang. Dalam 1-2 bulan je. Pastu terus resign. Tak sesuai kot. Aku keje kat Kilang Alps kat Jengka, Pahang.

Sebab apa aku ingat kenangan jadi minah kilang tu. Anak aku la mengingatkan aku. Anak aku beli gula-gula kopiko kat Taman Warisan tadi sambil beli Satey Sahmuri.

Gula-gula kopiko ni mesti ada dalam poket seluar. Nak tahan mata punya pasal. Lagi-lagi keje time syif malam. Mak ai, malam orang tido, aku duk keje ha.
Kalau tak bawa kopiko ni, mau tertido aku.

Tak pasal-pasal banyak komponen yang missing. Aku ni keje nya tengok kat kanta. Tengok ada komponen yang senget ke, patah ke, patri tak betul ke dan macam-macam lagi la.

Kopiko ni memang bagi kuasa kat mata aku suruh buka luas-luas.
"Kopiko is power"

Tak nak tanya ke nape aku resign. Kejap benor keje nye. Al-Kisahnya..pada suatu petang, aku menunggu di tempat yang biasa aku tunggu van/bas kilang. Tunggu punya tunggu, lambat bebeor sampainya. Masa tu aku syif malam. Masuk pukul 7mlm hingga 7pagi. Kalau tak silap la..Aku dah tak ingat time tu betul ke tak. Mana taknya, benda dah lama.

Berbalik kepada time aku menunggu tu, aku rasa pelik juga la. Nape aku sorang je tunggu. Mana orang lain, tak keje ke hari ni. Mesti diorang cuti atau keje syif pagi. Aku dah rasa 50-50 nak gi keje ke tidak. Takut la aku sorang-sorang nak van kilang, dah la lalu kat jalan hutan. Takut diapa-apakan. Sebab sebelum kawan aku ada citer, kawan dia kena ro... ngan pakcik driver kebetulan dia sorang je dalam van. Aku teringat citer kawan aku tu, apalagi aku dah fikir panjang untuk mengambil keputusan balik rumah je sonang.

Sebelum terjadi perkara yang tak diingini berlaku, baik aku takyoh gi keje. Abah aku terkejut tengok aku balik. Dia tanya "Nape tak gi keje?" Aku jawab "dari tadi tunggu van takde pun."

Tipu sunat, padahal van tu ada je. Aku yang tak nak gi keje. Takut punya pasal. Start adri tu aku terus resign. Tapi aku call kilang tu, takde la aku resign senyap-senyap je. Dapat jugak la gaji walau keje tak penuh pun. Lagi pun ni memang tak suka sangat keje syif..Orang tido, aku keje...Tak aci la kan..

-Tamat-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...